Selasa, 16 Oktober 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ukiran labu menyeramkan

Posted: 15 Oct 2012 03:17 PM PDT

BELLAIRE: Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.

Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.

Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.

Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam.


Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata: "Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan.


"Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang.

"Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru.

"Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir.

"Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya," DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Isteri, 4 anak doktor rentung

Posted: 15 Oct 2012 03:16 PM PDT

ESSEX: Seorang ibu dan empat anaknya mati selepas rumah mereka di sini terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dua budak lelaki berusia 13 tahun dan enam tahun serta seorang perempuan berumur 11 tahun serta ibu mereka disahkan mati selepas ditarik keluar dari rumah itu.


Wanita yang mati dikenalpasti sebagai Sabah Usmani. Suaminya, Doktor Abdul Shakour hanya cedera ringan. Anak mereka yang terbunuh ialah Sohaib dan Rayan serta anak perempuan, Hira.

Anak lelaki ketiga, Muneeb, sembilan, dan anak perempuan, Maheen, tiga, diselamatkan oleh anggota bomba dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, Muneeb kemudian meninggal dunia di Hospital Princess Alexandra.


Ketua Bomba, David Johnson berkata, kebakaran itu bermula di tingkat bawah rumah ketika keluarga itu tidur di atas. Ia merebak dengan pantas, menunjukkan sejenis bahan pembakar mungkin digunakan.


Menurutnya, Dr Abdul berada di luar rumah apabila kebakaran bermula.

"Anggota bomba bertindak sedaya upaya untuk menyelamatkan keluarga itu," kata Johnson.


Rakan Dr Abdul, Parvez Hamid, 43, yang melawat kediaman mangsa menyifatkan keluarga itu sebagai 'keluarga contoh.' "Keluarga itu cukup menakjubkan. Mereka baru saja menetap di sini dan keluarga kami dan keluarganya menjadi rapat. "Anak kami sering bermain bersama. Saya tertarik dengan tingkah laku dan sopan santun mereka. "Mereka ialah keluarga contoh. Abdul ialah doktor dan lelaki yang bijak. Saya diberitahu dia lompat dari tingkat atas untuk membunyikan penggera. "Dia dan isteri amat menyanyangi anak mereka dan akan melakukan apa saja untuk mereka.

"Apa yang berlaku amat mengejutkan. Isteri saya menangis sejak pagi. Dia dan Sabah berkawan baik," kata Parvez. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Tiada ulasan:

Catat Ulasan