Berita Harian: Dunia |
Posted: 04 Oct 2012 02:08 PM PDT Obama pasif dihujani kritikan calon Republikan Washington: Calon Parti Republikan, Mitt Romney kembali mendapat rentak untuk mencabar Presiden Barack Obama dalam pilihan raya bulan depan selepas keputusan tinjauan menunjukkan beliau menang pusingan pertama debat calon presiden Amerika Syarikat. Begitupun, penganalisis berpendapat, terlalu awal untuk mengatakan Romney memiliki kelebihan ke atas Obama dalam perlumbaan ke Rumah Putih.Tinjauan yang dijalankan oleh Cable News Network (CNN) mendapati 67 peratus responden beranggapan Romney mengalahkan Obama dan hanya 25 peratus berpendapat sebaliknya. Selain itu, satu lagi tinjauan oleh CBS News menyaksikan lebih dua kali ganda bersetuju bahawa Romney menang. Obama kurang bermaya Obama bercakap lebih lama dalam perdebatan 90 minit di Denver itu tetapi pencabarnya lebih berjaya memberi pandangan meyakinkan berbanding presiden yang kelihatan kurang bermaya dan debat pertama daripada tiga menjelang undian 6 November depan. Romney lebih agresif tanpa membuat provokasi dengan menghentam rekod ekonomi Obama serta menekankan bahawa beliau akan lebih berjaya mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi berbanding pentadbiran sekarang. "Adakah ia kemenangan besar? Tidak. Adakah presiden gagal sama sekali? Sudah tentu tidak. "Romney tahu apa yang perlu dilakukan iaitu sampaikan mesejnya dan beri keyakinan kepada penyokong Republikan bahawa beliau boleh menang pilihan raya," katanya. Sokongan Romney naik Pada masa sama, penganalisis percaya, sokongan untuk Romney naik satu atau dua peratus mata. "Beliau masih hadapi cabaran besar. Mungkin beliau akan dahului sokongan di Virginia atau Florida dalam masa dua tiga hari lagi," kata profesor di Universiti Georgetown, Clyde Wilcox. Cuma, di banyak tempat lain, beliau mendahului sokongan termasuk Ohio dan Wisconsin. Jadi, persoalannya ialah sama ada Romney boleh mengatasinya sebelum pengundian bermula. Penasihat empat Presiden Amerika, David Gergen, berpendapat keadaan lebih terbuka bagi Romney selepas ini. "Mitt Romney berjaya mencapai matlamatnya dalam perdebatan pertama. Beliau yang kuasai debat," katanya. - AFP |
Posted: 04 Oct 2012 02:05 PM PDT Unit artileri serang sasaran tentera jiran buat hari ke-2 Akcakale: Unit artileri Turki melancarkan serangan ke arah sasaran tentera Syria buat hari ke-2 selepas bedilan mortar dari sempadan jiran menyebabkan lima penduduknya maut. Buat masa ini, Turki menekankan belum berniat mengisytiharkan perang meskipun ketegangan meningkat akibat kematian penduduknya di Akcakale.Lima mati, 10 cedera Serangan mortar dari wilayah Syria mengenai sebuah rumah penduduk Turki menyebabkan kematian seorang wanita, tiga anak perempuannya dan seorang lagi wanita selain mencederakan 10 lagi. Ada penduduk Akcakale lari dari rumah dan tidur di tempat terbuka di sini manakala orang lain berkumpul di luar pejabat Datuk Bandar kerana takut kediaman mereka turut kena serangan dari sempadan. Turki segera melancarkan serangan balas dengan unit artileri melancarkan beberapa bedilan ke sempadan Syria. Serangan langgar undang-undang antarabangsa Ia menuntut semua tindakan agresif dihentikan terhadap Turki yang juga sekutu NATO selain menyifatkan serangan mortar itu melanggar undang-undang antarabangsa. Seorang saksi di Akcakale, Mustafa Guclu, berkata tentera Turki melancarkan lima artileri selepas tengah malam dan sekali lagi pada 5 pagi semalam. Parlimen Turki pula membincangkan rang undang-undang membenarkan tentera melancarkan serangan di seberang sempadan Syria. Jika diluluskan, anggota tentera Turki dibenarkan mengambil tindakan masuk ke wilayah jirannya tanpa membabitkan askar negara sekutu. Sebelum ini, Turki sudah mengambil langkah sama di utara Iraq dengan memerangi militan Kurdis. Seorang ahli perundangan, Yalcin Akdogan, yang juga penasihat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau mengakui serangan dilancarkan terhadap sasaran tentera. "Apa jua keputusan (Parlimen) selepas ini, semuanya bergantung kepada pendirian Syria," katanya. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan