Berita Harian: Dunia |
Romney, Obama berentap dalam debat Posted: 03 Oct 2012 12:51 PM PDT Pencabar dari Parti Republikan pikul cabaran lebih besar bagi perbahasan pertama Denver: Calon presiden dari Parti Republikan, Mitt Romney menghadapi tekanan untuk memberi prestasi mantap dalam debat pertama dengan Presiden Amerika Syarikat dan calon Demokratik, Barack Obama, hari ini. Romney dilaporkan semakin tersasar daripada landasan dan memerlukan strategi dalam perlumbaan menuju ke Rumah Putih dan berpeluang mengorak langkah dalam debat pertama di Universiti Denver.Debat 90 minit Debat 90 minit itu menawarkan peluang kepada kedua-dua calon untuk meyakinkan lebih 60 juta penduduk Amerika di kaca televisyen, jumlah yang lebih besar berbanding bilangan penonton konvensyen Demokratik dan Republikan. Ohio adalah negeri yang bakal menentukan keputusan pilihan raya pada 6 November yang akan datang. Perlu menang "Romney perlu menang dengan jelas. Kempennya agak teruk sejak beberapa minggu lalu dan beliau perlu ubah perbualan," kata Pengarah Insitut Dasar Awam Paul Simon di Universiti Southern Illinois, David Yepsen. Beliau juga memandang remeh proses perdamaian Timur Tengah mengikut laporan majalah Mother Jones. Parti Demokrat pula berdepan cabaran rakyat untuk menjawab sama ada Obama wajar dilantik sebagai presiden untuk penggal kedua. - Reuters |
Posted: 03 Oct 2012 12:49 PM PDT Hong Kong: Polis menahan tujuh kru dua boat yang berlanggar di Hong Kong menyebabkan 38 terbunuh. Tetapi, pihak berkuasa tidak memberi penjelasan mengenai punca kemalangan itu yang berlaku dalam keadaan cuaca baik. Kejadian malam Isnin itu adalah kemalangan terburuk Hong Kong dalam tempoh lebih 15 tahun dan nahas maritim terburuk dalam masa lebih 40 tahun.Pesuruhjaya Polis, Tsang Wai-hung berkata enam orang ditahan kerana disyaki membahayakan penumpang dengan mengendali bot secara tidak selamat. Tidak lama selepas itu, orang ketujuh ditahan. Tsang berkata, dua kru terbabit tidak berhati-hati dalam pengendalian kapal mengikut undang-undang. Feri itu berlanggar dengan boat Lamma IV milik Hong Kong Electric Co. dan membawa lebih 100 pekerja dan keluarga mereka ke Victoria Harbor. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan