Jumaat, 26 Oktober 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Myanmar kurung penduduk Rohingya

Posted: 19 Oct 2012 01:57 PM PDT

Anggota keselamatan kawal kawasan Islam dipagar, dipasang
kawat berduri

Sittwe: Kawat berduri dan anggota keselamatan bersenjata mengawal kawasan penduduk Islam di barat Myanmar umpama penjara bagi mereka yang tinggal di situ sejak beberapa generasi lalu.Anggota keselamatan yang berkawal di kawasan itu di ibu kota Sittwe, Rakhine, tidak menghalang sesiapa keluar kerana tidak ramai mahu merayap ke luar, sebaliknya kehadiran mereka adalah untuk menghalang penduduk Buddha menyerang penghuninya.

Pada pandangan saya, tinggal di padang pasir Sahara di Afrika lebih baik daripada menghadapi suasana seperti ini," - Mohamed Said, Penduduk Rohingya


Keadaan pulih

Di pusat bandar berdekatan, keadaan semakin pulih sejak perintah darurat diisytiharkan Jun lalu selepas pergaduhan meletus antara penganut Buddha dan orang Islam menyebabkan berpuluh-puluh orang maut dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Tetapi, di dalam kawasan Aung Mingalar, beratus-ratus keluarga Muslim Rohingya mengakui bimbang diserang.
"Orang Rakhine akan serang kami hari ini," kata seorang lelaki ketika solat Jumaat, minggu lalu.

Pada hari sama, penganut Buddha di Rakhine yang turut menuduh Rohingya menyerang masyarakat mereka, berkumpul di luarnya menyebabkan askar melepaskan tembakan amaran dan mencetuskan suasana panik.

Dalam masa tiga hari berasingan awal minggu ini, beratus-ratus penduduk yang kadangkalanya diketuai sami Buddha, berarak hingga sampai ke depan pintu masuk kawasan itu dan menuntut penghuninya dipindahkan ke tempat lain.

Jeritan mereka kedengaran jelas penduduk Rohingya yang tidak berani keluar untuk melihat sendiri keadaan di luar.

"Pada pandangan saya, tinggal di padang pasir Sahara di Afrika lebih baik daripada menghadapi suasana seperti ini. - AFP

'Anak saya mangsa konspirasi'

Posted: 19 Oct 2012 01:55 PM PDT

DHAKA: Bapa lelaki Bangladesh yang dituduh cuba meletupkan Bank Rizab Persekutuan New York menafikan anaknya terbabit sebaliknya dia menjadi mangsa 'konspirasi perkauman.'

Quazi Mohammad Rezwanul Ahsan Nafis, 21, ditahan Rabu lalu di New York dan menghadapi tuduhan cuba menggunakan senjata pemusnah besar dan membantu al-Qaeda.

"Ini semua konspirasi semata-mata. Masih ada konspirasi perkauman di sana," kata Quazi Mohammad Ahsanullah, kepada wartawan di sini.
"Perisikan Amerika mempermainkan budak lelaki yang kami hantar untuk mendapat pengajian tinggi. Dakwaan terhadap anak saya tidak benar. Dia tidak langsung tahu memandu kereta. Bagaimana dia boleh ditahan dalam van?"

Nafis adalah pelajar kursus perniagaan di Bangladesh sebelum pergi ke Amerika Syarikat untuk mempelajari sains komputer.

Sementara itu, Amerika menangkap seorang lagi lelaki kerana bersubahat dengan seorang lelaki Bangladesh untuk mengebom Bank Rizab Persekutuan New York. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan