Harian Metro: Global |
Ular peliharaan terbesar di dunia Posted: 22 Sep 2012 08:11 AM PDT KANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya. Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia. Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu. Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan.
Wakil Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan tahun depan. Pemiliknya, Larry Elgar berkata, dia tidak takut dengan ular berkenaan. "Tidak boleh dinafikan ia boleh memakan manusia. Tetapi saya tidak takut. Saya pernah dibelit hingga pengsan oleh seekor ular sawa rendam sepanjang 5.5 meter. "Saya sedar bahaya yang saya hadapi tetapi itu bukan alasan untuk takut," kata Edgar. Menurutnya, dia membeli Medusa ketika haiwan itu masih kecil lapan tahun lalu. "Ketika itu, ia hanya 0.6 meter pannjang dan segemuk jari saya saja," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Posted: 22 Sep 2012 08:08 AM PDT NEW YORK: Seorang lelaki cedera parah dibaham seekor harimau Siberia selepas dia melompat ke dalam kandang haiwan berkenaan di Zoo Bronx, di sini, semalam. Harimau itu hanya melepaskan lelaki berkenaan selepas petugas kecemasan menggunakan pemadam api untuk menakutkanya. Lelaki berusia 25 tahun itu menaiki monorel mengelilingi zoo berkenaan apabila dia melompat dari sebuah gerabak dan masuk ke dalam kandang harimau itu. Dia dibawa ke sebuah hospital tempatan dan dilapor dalam keadaan kritikal.
Laporan awal menyatakan, sebelah kaki lelaki itu putus. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan