Berita Harian: Dunia |
Suu Kyi tak layak terima anugerah Posted: 22 Sep 2012 04:00 PM PDT Washington: Aktivis Rohingya, Dr Habib Siddiqui, menegaskan, pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, tidak layak diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat, Pingat Emas Kongres, kerana mengambil sikap berdiam diri dan mengelak ketika krisis terbaru melanda etnik Rohingya. Di dalam surat terbuka kepada senator dan anggota Kongres Amerika, Siddiqui, berkata Suu Kyi tidak serius memperjuangkan hak asasi manusia atau demokrasi sebaliknya kekal fanatik dan penganut Buddha Myanmar yang bersifat perkauman, sama seperti rejim yang mengenakan tahanan dalam rumah ke atasnya. Beliau juga mendesak Kongres Amerika tidak menarik balik sebarang sekatan perdagangan dengan Myanmar sehingga ada perubahan ketara yang memberi kesan positif kepada kehidupan penduduk Islam Rohingya dan minoriti lain di negara itu, selain menjamin kerakyatan mereka dan memastikan kesaksamaan hak dan keistimewaan dikembalikan.Siddiqui berkata di dalam sejarah Myanmar, perkauman dan ketaksuban sudah ditakrifkan dan tiada tempat untuk penganut agama lain selain Buddha di negara yang mempunyai 56 juta penduduk ini. Sekadar gimik "Usaha pembaharuan di Myanmar, yang digerakkan Presiden Thein Sein, hanya sekadar gimik bagi mendorong penarikan sekatan terhadap Myanmar, yang memerlukan wang tunai untuk keluar daripada menjadi negara paling miskin di ASEAN. "Pembebasan Suu Kyi bertujuan membolehkan beliau bertindak sebagai utusan dan itu sebenarnya yang dilakukan oleh tokoh pembangkang itu iaitu mempromosikan fanatik agama Buddha. Di negara Myanmar yang baru ini, tiada tempat untuk penduduk berlainan keturunan, latar belakang etnik dan agama," katanya. Hasil projek negara ke arah pembersihan etnik, separuh daripada empat juta penduduk Islam Rohingya diusir dari negara itu sejak 1962 dan kini tinggal sebagai pelarian tidak dikehendaki di negara seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Agensi |
Tentera AS hadapi krisis kesihatan Posted: 22 Sep 2012 03:57 PM PDT Washington: Minuman keras murah yang mudah didapati di kem tentera Amerika Syarikat (AS) dan pendekatan 'era Vietnam' yang digunakan dalam merawat penyalahgunaannya dikenal pasti penyelidik dari Institusi Perubatan sebagai dua punca 'krisis kesihatan umum' dalam kalangan tentera AS. "Penjagaan baik untuk anggota dan keluarga mereka dihalang oleh strategi pencegahan yang tidak mencukupi, kekurangan kaki tangan, kurang liputan perkhidmatan yang terbukti untuk kerja dan stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini," kata Pengerusi Jawatankuasa dan penulis laporan itu, Charles P. O'Brien. Berdasarkan kajian yang diminta Jabatan Pertahanan AS, kira-kira 20 peratus anggota perkhidmatan aktif bertugas melaporkan mereka ketagih minuman keras pada 2008, tahun paling terkini data diperoleh.Pesta arak meningkat Laporan itu menyebut pesta minum meningkat dari 35 peratus pada 1988 kepada 47 peratus pada 2008 dan menambah tentera AS mempunyai sejarah lama membabitkan penyalahgunaan dadah dan minuman keras serta gangguan salah guna yang diburukkan lagi dengan penghantaran tugas. "Sejak permulaan perang di Iraq dan Afghanistan, penyalahgunaan alkohol dalam kalangan kakitangan tentera yang pulang, meningkat," kata penulis laporan itu. Kebimbangan terhadap perkara itu memaksa ahli Kongres AS memohon kajian terhadap kes berkenaan. Pada 2009, doktor tentera menulis hampir 3.8 juta preskripsi bagi ubat tahan sakit. Ia lebih empat kali ganda daripada bilangan preskripsi yang ditulis pada 2001, kata laporan itu. Laporan itu mencadangkan supaya tentera membuat pemeriksaan semula terhadap kemasukan minuman beralkohol. Kuat kuasa peraturan "Pasukan tentera bersenjata perlu menguatkuasakan peraturan terhadap minuman berkenaan, mengurangkan premis yang menjual alkohol di pangkalan tentera dan mengehadkan waktu operasi mereka." Kajian berkata kaedah baru diperlukan untuk membantu tentera termasuk melatih kaunselor dan penambahan penjagaan pesakit luar. Jurucakap Pentagon, Cynthia Smith berkata pihak berkuasa Jabatan Pertahanan menganalisa keputusan Institut Perubatan itu dan akan mempertimbangkan panel dalam membuat penambahbaikan yang diperlukan. "Kami juga mengiktiraf tahap masalah dan bekerja keras memulakan dasar, program dan langkah untuk memerangi isu penyalahgunaan ini. Kesihatan dan kesejahteraan anggota adalah menjadi keutamaan," kata Smith. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan