Berita Harian: Dunia |
Posted: 04 Sep 2012 01:59 PM PDT Israel, markas tentera AS jadi sasaran jika Iran digempur Beirut: Hizbullah tidak mempunyai senjata kimia tetapi masih berupaya memberi kemusnahan besar kepada Israel jika peperangan tercetus, kata pemimpin pertubuhan itu yang mengaitkan perkara itu dengan amaran rejim Zionis itu untuk menyerang Iran kerana mengesyaki Tehran membina bom atom. Dalam temu bual secara langsung yang jarang diadakan, Sheik Hassan Nasrallah berkata, Al-Mayadeen TV di Lubnan bahawa pegawai Iran memberitahunya, mereka akan menyerang Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau itu jika rejim Zionis menyerang kemudahan nuklear Tehran.Hizbullah memang mempunyai hubungan rapat dengan Iran, yang memberi bantuan kewangan dan senjata kepada pertubuhan itu. Serangan balas Hizbullah ke atas Israel selepas serangan ke atas Iran dianggap berkemungkinan. AS percaya Iran mahu jadi kuasa nuklear Amerika dan sekutunya di Eropah percaya Iran mahu menjadi kuasa nuklear. Tehran pula menegaskan programnya untuk tujuan aman menghasilkan elektrik dan isotop bagi kegunaan perubatan. Pemimpin Israel membayangkan akan melancarkan serangan ke atas loji nuklear Iran jika Tel Aviv merumuskan komuniti antarabangsa gagal mengekang program nuklear republik itu menerusi sekatan dan cara diplomasi. "Apa yang saya dengar daripada pegawai Iran ialah serangan balas pasti besar dan Iran tidak akan memaafkan serangan ke atas kemudahan nuklearnya. Rejim Zionis bukan satu-satunya sasaran. Pangkalan Amerika di rantau ini akan menjadi sasaran juga," katanya. - AP |
Kemboja, ASEAN untung jadi rakan China Posted: 04 Sep 2012 01:57 PM PDT Phnom Penh: China berjanji memberi bantuan termasuk geran lebih AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada Kemboja. Perdana Menteri China, Wen Jiabao, berterima kasih kepada negara itu kerana membantu Beijing mengekalkan hubungan baik dengan ASEAN. Persidangan 10 negara anggota ASEAN Julai lalu gagal mengeluarkan kenyataan bersama buat kali pertama dalam sejarah 45 tahun blok itu selepas tidak bersetuju berhubung penggunaan perkataan dalam tuntutan wilayah di Laut China Selatan.Kemboja, yang mempengerusikan mesyuarat ASEAN tahun ini, dituduh oleh sebahagian negara anggota anggota m sokongannya kepada China. Laut China Selatan menjadi pusat tumpuan tentera di Asia. Tuntutan China ke atas sebahagian besar kawasan itu berdepan dengan tentangan anggota ASEAN iaitu Vietnam dan Filipina. Empat perjanjian pinjaman untuk projek tidak dinyatakan bernilai kira-kira AS$420 juta (RM1.2 bilion) ditandatangani ketika Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, melawat China hujung minggu lalu, kata Setiausaha Kewangan, Aun Porn Moniroth, lewat kelmarin. Tiga lagi perjanjian pinjaman, bernilai lebih AS$80 juta (RM240 juta) di jangka ditanda-tangani tahun ini, katanya, sambil menambah Wen juga menjanjikan geran sebanyak 150 juta yuan (RM72 juta) sebagai hadiah kepada Kemboja untuk digunakan ke atas sebarang projek. Menurut agensi berita Xinhua, Wen, berkata China akan bekerjasama dengan Kemboja dan memastikan usaha negara itu membuat siri pertemuan dengan pemimpin Asia Timur satu kejayaan. Pertemuan dijangka diadakan di Kemboja November ini. Pelaburan China di Kemboja berjumlah AS$1.9 bilion (RM5.7 bilion) tahun lalu, lebih dua kali ganda gabungan pelaburan negara ASEAN. Ia juga 10 kali lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat. Aun Porn Moniroth berkata, Wen mempertimbangkan cadangan Hun Sen bahawa China menyediakan pinjaman baru antara AS$300 juta hingga AS$500 juta (RM900 juta hingga 1.5 bilion) setahun untuk lima tahun akan datang bagi projek yang belum ditentukan. Beliau juga berkata, firma China bercadang melabur AS$2 bilion (RM6 bilion) untuk membina loji besi di Kemboja yang menawarkan pekerjaan kira-kira 10,000 orang dan dengan kapasiti mengeluarkan tiga juta tan besi setahun. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan