Ahad, 19 Ogos 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Obama kecewa band punk dipenjara

Posted:

Obama kecewa band punk dipenjara

SEORANG anggota polis menangkap penyokong band punk wanita di luar sebuah mahkamah di Moscow kelmarin.


WASHINGTON - Seorang jurucakap White House, Josh Earnest kelmarin menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kecewa dengan keputusan seorang hakim Rusia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap sebuah kumpulan punk wanita yang menyanyi lagu mengkritik pemimpin negara itu, Vladimir Putin di dalam sebuah gereja di sini.

Ketika kumpulan itu menyanyi pada 21 Februari lalu, Putin masih menjadi Perdana Menteri Rusia.

Tiga anggota wanita band punk tersebut menyanyi lagu supaya Rusia diselamatkan daripada pemerintahan Putin kerana keputusannya untuk bertanding sebagai Presiden Rusia.

Putin kini menjadi Presiden buat kali kedua selepas beliau memenangi pilihan raya pada Mac lalu.

Menurut Earnest, pentadbiran Obama berasa bimbang dengan cara wanita-wanita muda itu diadili sistem kehakiman Rusia.

Anggota-anggota kumpulan itu ditangkap pada Mac lalu.

Canselor Jerman, Angela Merkel turut mengutuk hukuman tersebut dengan menyatakan ia tidak konsisten dengan nilai-nilai demokrasi Eropah.

Hakim ketika membuat keputusan dalam kamar sebuah mahkamah di Moscow menyatakan ketiga-tiga anggota band Pussy Riot itu, Nadezhda Tolokonnikova, 22, Marina Alyokhina, 24, dan Yekaterina Samutsevich, 30, didapati bersalah melakukan tindakan buas dengan sengaja untuk menghasut kebencian agama.

Ekoran hukuman itu, enam orang turut ditangkap di New York kerana menunjuk perasaan membantah hukuman tersebut.

Perhimpunan bagi menentang hukuman ke atas band itu turut berlaku di London, Kiev, Sofia, Barcelona, Brussels dan Paris.

Di Kiev, Ukraine, seorang anggota hak asasi wanita, Inaa Shevchenko turut menunjuk perasaan dengan mendedahkan payu daranya.

Seramai 30 orang penyokong kumpulan itu ditangkap di luar bangunan mahkamah di Moscow termasuk seorang pemimpin pembangkang, Sergei Udaltsov. - Agensi

Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini

Posted:

Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini

RIYADH - Pihak berkuasa agama Arab Saudi mengumumkan bahawa hari terakhir umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah semalam manakala Hari Raya Aidilfitri disambut hari ini.

Media Arab Saudi melaporkan anak bulan Syawal tidak kelihatan kelmarin menyebabkan hari berikutnya dianggap hari ke-30 dan terakhir dalam bulan Ramadan di negara itu.

Selain Arab Saudi, Qatar dan Yemen turut mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut pada hari ini.

Libya turut menyambut Aidilfitri pada hari yang sama. - AFP

Aiskrim sejukkan badan Panda

Posted:

Aiskrim sejukkan badan Panda

BERUANG panda yang bernama Yuan Zi memegang ais berperisa epal di Zoo Beauval, Saint-Aignan kelmarin.


SAINT-AIGNAN - Dua ekor Panda yang dipelihara di sebuah zoo Perancis menyejukkan badan ekoran cuaca panas ekstrem dengan bantuan ais berperisa madu dan epal.

Ketika suhu mencecah 40 darjah Celsius di tengah Perancis, beruang tersebut, Yuan Zi dan Huan Huan diberikan makanan istimewa itu sebagai tambahan kepada diet pohon bambu yang biasa.

"Kami turut menggunakan penyembur air dan jika suhu menjadi terlalu panas kedua-dua beruang itu boleh berlindung di halaman dengan suhu pendingin hawa ditetapkan pada 20 darjah Celsius," kata Pengarah Zoo Beauval, Rodolphe Delord. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan