Kosmo Online - Dunia |
- Calon Ikhwanul Muslimin dahului pilihan raya Mesir
- Bertumbuk di Parlimen kerana bahasa Rusia
- Pesawat solar terbang rentas benua
Calon Ikhwanul Muslimin dahului pilihan raya Mesir Posted: Calon Ikhwanul Muslimin dahului pilihan raya Mesir
KAHERAH, Mesir - Calon pergerakan Ikwanul Muslimin, Mohammed Morsi mendahului pilihan raya presiden Mesir yang cukup sengit berdasarkan keputusan tidak rasmi semalam. Sementara bekas perdana menteri, Ahmed Shafiq dan bekas komander tentera udara, Hamdeen Sabahi bersaing untuk menduduki tempat kedua serta merebut peluang menjadi pemimpin Mesir. Morsi setakat ini mendahului dengan 28 peratus undi, lapor akhbar bebas Al-Masry Al-Youm. Jumlah itu dilihat cukup untuk membawanya ke pusingan penentuan. Pada awalnya, akhbar tersebut melaporkan bahawa Syafiq mendapat 21 peratus undi dan Sabahi dengan 20 peratus undi. Namun, Sabahi kemudian mencipta kejutan apabila menang di bandar Iskandariah. "Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat mahukan alternatif ketiga. Kedua-duanya mewakili golongan yang bimbang dengan pentadbiran Islam tetapi tidak mahu rejim bekas Presiden Hosni Mubarak kembali memerintah negara," kata jurucakap kempen Sabahi, Hossam Mounis. Pilihan raya penentu akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun depan yang menyaksikan dua pemenang daripada pusingan pertama berentap. Pemenangnya akan diumumkan pada 21 Jun depan. Pilihan raya itu merupakan hasil daripada kebangkitan rakyat menumbangkan Mubarak. Pilihan raya ini merupakan medan pertarungan sengit antara calon berfahaman Islamik dan pemimpin sekular yang berasal daripada rejim Mubarak. - Agensi | |
Bertumbuk di Parlimen kerana bahasa Rusia Posted: Bertumbuk di Parlimen kerana bahasa RusiaBEBERAPA orang menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang bergaduh pada sesi pembentangan parlimen di Kiev, Ukraine kelmarin. KIEV, Ukraine – Pergaduhan ganas tercetus pada sidang parlimen Ukraine kelmarin berikutan satu rang undang-undang yang akan membenarkan penggunaan bahasa Rusia di mahkamah, hospital dan institusi lain di negara tersebut. Pergaduhan berlaku antara kumpulan pembangkang pro-Barat yang mahu membawa Ukraine keluar daripada bayang-bayang Rusia dengan anggota parti pemerintah pimpinan Presiden Viktor Yanukovych yang menyokong penggunaan bahasa Rusia. Sekurang-kurangnya seorang menteri parti pembangkang, Mykola Petruk mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke hospital. Pergaduhan di parlimen Ukraine bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dalam satu pergaduhan pada Disember 2010, enam orang menteri dikejarkan ke hospital. Ukraine berpecah kepada wilayah timur yang bertutur dalam bahasa Rusia dan mahukan hubungan rapat dengan Moscow. Bahagian barat pula yang menggunakan bahasa Ukraine dan pro-Barat, mahu negara itu menyertai negara Barat. – Agensi | |
Pesawat solar terbang rentas benua Posted: Pesawat solar terbang rentas benuaPESAWAT berkuasa solar, Solar Impulse berlepas dari Payerne, Switzerland kelmarin.- AFP MADRID, Sepanyol - Pesawat berkuasa suria Switzerland, Solar Impulse selamat mendarat di sini semalam sekali gus menamatkan peringkat pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api. Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30 pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin. Pesawat berkenaan berlepas ke bandar Rabat, Mahgribi melalui bandar raya ini dalam perjalanan sejauh 2, 500 kilometer. Penerbangan kali ini adalah yang terjauh buat Solar Eclipse selepas pesawat tersebut terbang ke Paris dan Brussels pada tahun lalu. "Penerbangan ini berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan ahli meteorologi yang banyak membantu kami," kata Borschberg. Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta. Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana empat enjin elektrik. Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang mengelilingi dunia pada 2014. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan