Sabtu, 26 Mei 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Awang Hitam buat Israel panik

Posted: 25 May 2012 04:44 PM PDT

Dunia

SEORANG penduduk Yahudi membantah kecaman terhadap imigran Afrika di Tel Aviv, kelmarin.

SEORANG penduduk Yahudi membantah kecaman terhadap imigran Afrika di Tel Aviv, kelmarin.

Beberapa kes rogol babit lelaki Afrika terhadap wanita Yahudi jadi punca

BAITULMAQDIS: Beberapa kes rogol membabitkan lelaki Afrika terhadap wanita Yahudi mencetuskan panik di kalangan penduduk selain menyebabkan pemimpin Israel mengancam mengusir imigran asing dari negara itu termasuk menggunakan kekerasan.

Sekurang-kurangnya 60,000 imigran Afrika, kebanyakannya dari Sudan dan Eritrea masuk ke Israel sejak tujuh tahun lalu. Mereka mengeksploitasi ketiadaan pagar sempadan dan kebebasan untuk bergerak di Semenanjung Sinai berikutan kejatuhan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Kemarahan pemimpin politik Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, terhadap imigran Afrika turut disifatkan pihak tertentu bersikap perkauman.

Ada penduduk Israel turut bimbang kehadiran imigran Afrika itu yang kurang satu peratus daripada bilangan penduduk negara itu.

"Impian negara Zionis semakin terkubur," kata Menteri Dalam Negeri, Eli Yishai, kelmarin.
Pegawai lain mendakwa, kebanjiran imigran itu umpama 'barah' dan 'masalah utama' negara yang menyemarakkan kebencian terhadap pendatang Afrika.

Selepas kes pertama rogol itu dilaporkan awal bulan ini, Yishai mengisytiharkan hampir semua imigran adalah penjenayah dan 'mereka patut dipenjarakan sebelum dihantar pulang.'

Beberapa hari kemudian, Perdana Menteri, Netanyahu memberi amaran: "60,000 perisik asing mungkin meningkat hingga menjadi 600,000, menyebabkan Israel bulan lagi negara Yahudi.

"Apa yang mengganggu saya ialah suasana sudah jadi perkauman," kata pengulas sosial, Tom Segev.

"Masyarakat Israel bergerak ke arah itu sejak beberapa tahun lalu, bermula dengan usul anti-Arab di Parlimen, saya rasa masyarakat Israel sedang sakit," katanya.

Bom api juga dilemparkan ke arah dua bangunan yang menjadi tempat tinggal itu dan protes terhadap 'Awang Hitam' itu bertukar menjadi ganas. – AP


Ibu korek mata anak

Posted: 25 May 2012 04:44 PM PDT

Dunia

Wanita ambil dadah tak sedar perbuatan

BANDAR RAYA MEXICO: Polis di ibu negara Mexico menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kelmarin kerana mengorek mata anak lelakinya yang berusia lima tahun dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah untuk satu upacara memuja.

Budak itu dibawa ke sebuah hospital di Nezahualcoyotl dalam keadaan tenat sebelum dihantar ke pusat perubatan khas di sini oleh helikopter. Jurucakap hospital di Nezahualcoyotl, Fernando Chavez berkata seorang penduduk menahan kereta peronda polis selepas melaporkan kejadian.

Anggota polis yang masuk ke kediaman wanita itu mendapatinya dalam keadaan terkejut dengan budak itu di pangkuannya.

"Apabila wanita itu membenarkan polis memeriksa, mereka terkejut kerana budak itu tidak mempunyai biji mata," menurut kenyataan pihak berkuasa.

Pendakwa, Isaac Acevedo memberitahu media tempatan bahawa lapan orang ditahan dan penyiasat percaya ibu kanak-kanak itu sendiri yang mencungkil mata anaknya. Bapa budak itu tidak berada di rumah ketika kejadian.
Jenayah itu disyaki ada kena mengena dengan satu upacara memuja tetapi tiada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Santa Muerte atau 'Saint Death'.

Anggota kumpulan itu baru-baru ini dituduh melakukan pembunuhan korban dua budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berumur 55 tahun di negeri Sonora, utara Mexico.

Ibu dan bapa saudara budak lelaki itu berada di kediaman berkenaan apabila ibu mangsa dan saudara mara mereka mula mengambil dadah.

Chavez berkata, seorang saksi memberitahu polis bahawa dia tidak sedarkan diri selepas mengambil dadah dan apabila sedar budak itu didapati tidak mempunyai mata lagi.

Lapan yang ditangkap belum didakwa sehingga siasatan selesai. Dua kanak-kanak lain dan seorang remaja berusia 17 tahun berada di kediaman berkenaan.

Mac lalu, di Sonora, pihak berkuasa menahan lapan orang yang dituduh melakukan pembunuhan korban dua lelaki dan seorang wanita untuk 'Saint Death.' Penjenayah dan pengedar dadah adalah antara anggota kumpulan itu.

Bagaimanapun, tempat pemujaan atau patung 'Saint Death' tidak ditemui di rumah ibu kanak-kanak itu. - AP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan