Rabu, 9 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Sewa hotel melambung menjelang Olimpik

Posted:

Sewa hotel melambung menjelang Olimpik

Sewa hotel melambung menjelang Olimpik

GAMBAR fail pada 28 Mac 2012 menunjukkan Marina Usher Mazur berada
di kediaman tiga bilik miliknya di London.


LONDON, United Kingdom (UK) - Harga bilik hotel dan rumah tumpangan di ibu kota UK dijangka melambung tinggi menjelang temasya sukan Olimpik 2012 di sini Julai depan.

Harga bilik hotel bajet Hotel Travelodge yang terletak berdekatan Stadium Olmpik di sini melonjak daripada £50 (RM246) kepada £270 (RM1,332) semalam lewat Julai depan.

"Harga sewa bilik hotel tidak akan turun," kata presiden sebuah persatuan industri perhotelan tempatan, David Roche.

Menurutnya, harga tinggi itu bukan bermakna pemilik hotel menjadi tamak tetapi mereka perlu menampung kerugian akibat kelembapan ekonomi yang melanda Britain pada masa ini.

Selain hotel dan rumah tumpangan, pemilik kediaman di sini turut mengambil kesempatan menyewakan hartanah mereka pada harga tinggi.

Sewa yang dikenakan pula berbeza daripada serendah £75 (RM370) sehari untuk bilik flat kepada hampir £20,000 (RM98,714) untuk sewa sebuah rumah bandar selama seminggu.

Seorang wanita, Marina Usher Mazur memberitahu, dia menyewakan sebuah kediaman kedua tiga bilik di sini pada kadar £6,000 (RM29,614) sepanjang temasya sukan terbesar dui dunia itu. - Agensi

Pelajar China suntik asid amino

Posted:

Pelajar China suntik asid amino

Pelajar China suntik asid amino


SEBUAH kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei dilengkapi dengan sejumlah tiub asid amino.


BEIJING - Pelajar-pelajar di China sanggup menggunakan suntikan asid amino sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan memasuki kolej, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa gambar yang tersebar di laman web menunjukkan terdapat tiub-tiub asid itu digantung di dalam kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei.

Menurut akhbar China Daily, seorang pegawai sekolah, Gao Pingqiang berkata, suntikan asid itu popular dalam kalangan pelajar kerana ia tidak mendatangkan kesan berbahaya terhadap kesihatan.

"Pihak sekolah tidak akan menghentikan suntikan itu. Kami akan terus memberinya jika pelajar mahukannya," kata kata Pingqiang.

Seorang lagi pegawai sekolah memberitahu, asid amino mampu memperbaiki fizikal pelajar dan meningkatkan tenaga mereka. - AFP

Beyonce, Rihanna jadi tumpuan

Posted:

Beyonce, Rihanna jadi tumpuan

Beyonce, Rihanna jadi tumpuan


SEORANG lelaki membantu memegang gaun labuh yang dipakai Beyonce ketika menghadiri majlis penghargaan untuk pereka fesyen di Institut Seni Kostum, Muzium Metropolitan di New York kelmarin.


NEW YORK - Dua selebriti terkenal, Beyonce dan Rihanna tampil anggun sewaktu menghadiri majlis penghargaan pereka fesyen di Institut Seni Kostum, Muzium Metropolitan di sini kelmarin.

Namun, gaun labuh berwarna hitam yang dihiasi labuci dan bulu-bulu ungu yang dipakai Beyonce kelihatan jarang sehingga menampakkan bahagian bawah tubuhnya.

Beyonce, 30, juga kelihatan tidak malu untuk mendedahkan bentuk badannya di hadapan kamera.

Dia menggayakan gaun rekaan butik terkenal, Givenchy.

Ia merupakan kemunculan majlis karpet merah pertama buat Beyonce sejak dia melahirkan anak perempuannya, Blue Ivy Carter pada Januari lalu.

Sementara itu, penyanyi terkenal, Rihanna, 24, turut mendapat perhatian ramai apabila muncul dengan gaun kulit buaya ketat berwarna hitam rekaan Tom Ford.

Mereka merupakan antara selebriti terkenal yang hadir bagi meraikan pembukaan pameran pereka fesyen terkemuka, Elsa Schiaparelli dan Miuccia Prada. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan