Harian Metro: Global |
Menara tertinggi di dunia mula dibuka Posted: 22 May 2012 10:38 AM PDT TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam. Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.
Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).
|
Kakak dibunuh ibu, ayah: Saksi Posted: 22 May 2012 10:29 AM PDT LONDON: Seorang remaja menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya dibunuh ibu bapa mereka kerana cara hidup bebas mangsa 'memalukan' keluarga berkenaan. Dalam keterangannya, Alesha Ahmed, kini 23, berkata kakaknya, Shafilea tidak dapat bernafas apabila ibu bapa mereka menyumbat beg plastik sampah ke mulutnya.
Mayat remaja itu dibuang di sebatang sungai berhampiran Sedgwick, Cumbria.
Kata Edis, Alesha akan menceritakan kepada mahkamah bagaimana Iftikhar dan Farzana berada di dapur rumah mereka menggunakan beg sampah dan pita pelekat untuk membungkus mayat Shafilea.
Alesha kemudian mendengar sebuah kereta dipandu keluar dari kawasan rumah mereka.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan