Rabu, 23 Mei 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Islam larang guna senjata atom

Posted: 23 May 2012 12:36 PM PDT

Dunia

Mahmoud Ahmadinejad

Mahmoud Ahmadinejad

Ahmadinejad beri penjelasan kepada Barat ketika rundingan nuklear bermula

TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa Islam melarang penggunaan senjata atom atau menghasilkan sebarang bentuk senjata pemusnah besar (WMD) yang lain, katanya menjelang rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia di Baghdad mulai semalam.

"Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas oleh pemimpin agama, penghasilan dan penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran," katanya.

Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas, penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Iran. - Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran

Mesej Ahmadinejad itu dibacakan pada satu persidangan di bandaraya barat, Borujerd untuk memperingati mangsa senjata kimia Iran ketika perang 1980-1988 menentang Iraq, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat awal-awal lagi menegaskan bahawa ia akan terus mengenakan tekanan terhadap Iran sehingga ada program yang benar-benar menyekat program nuklear Iran meskipun menyambut baik kemungkinan persetujuan agensi nuklear antarabangsa dengan Tehran mengenai mekanisme pemeriksaan program nuklear negara Teluk itu.

"Membuat janji hanya sebahagian daripadanya, tindakan memikul tanggungjawab adalah sebahagian lagi," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan ia semakin hampir bersetuju dengan Iran mengenai prosedur pemeriksaan dan pemantauan di lokasi disyaki tempat membuat senjata atom di Iran.
Kuasa dunia mengadakan perbincangan di ibu negara Iraq Iran untuk cuba memujuk Tehran menangguhkan kerja program nuklearnya.

Ahmadinejad turut merujuk kepada fatwa menentang kuasa nuklear yang dibuat pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, merujuk kepada satu keputusan yang dibuat pada 2004 atau 2005.

Walaupun tiada fatwa yang dikeluarkan, cendekiawan Iran menegaskan, perisytiharan oleh pemimpin berkenaan boleh diterima sebagai satu fatwa.

Khamenei bercakap mengenai senjata nuklear pada beberapa majlis, yang terbaru pada 22 Februari apabila beliau menyifatkan memiliki bom atom adalah satu dosa besar.

"Negara Iran tidak pernah cuba membuat senjata atom dan tidak akan membinanya tetapi pembangunan tenaga nuklear adalah sejajar dengan kepentingan Iran, katanya.

Amerika pernah melihat pendirian Khamenei sebagai satu kemungkinan asas untuk menyelesaikan pertikaian dengan Iran. – AFP/Reuters


Doktor belot kena penjara 33 tahun

Posted: 23 May 2012 12:34 PM PDT

Dunia

Afridi subahat dengan CIA bunuh Osama

PESHAWAR: Seorang doktor bedah Pakistan yang direkrut oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi membantu mencari pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden, dihukum penjara 33 tahun atas kesalahan belot.

Shakeel Afridi yang dipecat dua bulan lalu, didapati bersalah mengikut sistem kehakiman puak Khyber, sebahagian daripada kawasan separuh autonomi Pakistan. Selain dipenjara, dia juga didenda AS$3,500 (RM10,500).

Januari lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta mengesahkan Afridi bekerjasama untuk perisikan Amerika dengan mengumpul DNA bagi mengesahkan kehadiran Osama dan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan kepadanya.

Afridi tidak diberi peluang mempertahankan diri dan mengikut undang-undang puak, dia tidak dibenarkan melantik peguam.

"Dia dihukum penjara 33 tahun kerana didakwa belot dan sudah dihantar ke penjara pusat Peshawar selepas keputusan itu diumumkan," kata jurucakap pentadbiran Khyber, Mohammad Siddiq.

Januari lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta mengesahkan Afridi bekerjasama untuk perisikan Amerika dengan mengumpul DNA bagi mengesahkan kehadiran Osama dan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan kepadanya.

Dia kemudian ditahan selepas askar Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011 dan suruhanjaya mencadangkan dia dibicarakan atas sebab belot.
"Dia tidak mengkhianati Pakistan. Tindakan mereka terhadap orang yang membantu menentang keganasan adalah kesilapan besar," kata Panetta kepada CBS.

Panetta percaya ada pihak mengetahui di mana Osama berada menyebabkan Islamabad tidak diberitahu mengenai serbuan di kediaman Osama.

Pakistan menyuarakan rasa marah atas tindakan yang mencabul kedaulatannya selain menegaskan tidak tahu di mana Osama berada menyebabkan hubungan dengan Amerika terjejas teruk.

Perbicaraan Afridi berlangsung selama beberapa hari di bawah pengawasan ejen politik Khyber, Nasir Khan dan keputusan disahkan oleh ketuanya di Peshawar.

Julai lalu, akhbar Britain, The Guardian melaporkan, Afridi mengendalikan program suntikan vaksin bagi mendapatkan DNA dari rumah Osama. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan