Ahad, 20 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Motif rompakan jalanan

Posted: 19 May 2012 07:32 AM PDT

LOS ANGELES: Dua lelaki ditahan kelmarin kerana disyaki menembak mati dua pelajar China dekat kampus Universiti Southern California (USC), bulan lalu.

Ketua Polis Los Angeles, Charlie Beck, berkata Javier Bolden, 19 dan Bryan Barnes, 20, ditahan kerana disyaki membunuh.

Katanya, Barnes ditahan di rumah dekat kampus tengahari kelmarin dan Bolden ditahan beberapa jam kemudian di Palmdale. Kedua-dua mereka ditahan tanpa ikat jamin.

Ming Qu dari Jilin dan Ying Wu dari Hunan, China, ditembak mati pada 11 April ketika duduk di dalam kereta BMW, kira-kira satu batu dari kampus USC. Kedua-dua pelajar itu berusia 23 tahun.


Beck berkata, motif pembunuhan masih disiasat tetapi "bukti menunjukkan rompakan jalanan."


Katanya, penyiasat percaya, pembunuhan Wu dan Qu adalah sebahagian daripada beberapa jenayah yang berlaku di Los Angeles.

"Bukti forensik yang diperolehi dari tempat kejadian menghubungkan mereka dengan dua lagi percubaan bunuh," katanya.

Bukti material ditemui menghubungkan kedua-dua suspek dengan Wu dan Qu, katanya.

Pembunuhan Wu dan Qu menyebabkan pelajar gempar. USC mempunyai bilangan pelajar antarabangsa terbesar di Amerika Syarikat.

Kira-kira 19 peratus daripada 38,000 pelajar di universiti itu adalah pelajar luar, termasuk 2,500 dari China.

Menurut polis, selepas kejadian tembak, Wu ditemui di tempat duduk penumpang BMW, manakala Qu di tangga rumah berdekatan di mana dia terlantar ketika cuba mendapatkan bantuan. -AP




Bapa 30 anak tak mampu bayar nafkah

Posted: 19 May 2012 07:27 AM PDT

TENNESSEE: Desmond Hatchett, 33, dari Knoxville, seorang bapa kepada 30 anak, meminta mahkamah mengecualikan dia daripada membayar nafkah anak.

Hatchett mendapat anak daripada perhubungannya dengan 11 wanita berbeza.

Separuh daripada gajinya telah diambil oleh kerajaan untuk membayar nafkah anak tetapi jumlahnya terlalu sedikit kerana Hatchett menerima gaji minimum.

Sesetengah daripada ibu kepada anaknya hanya menerima AS$1.49 (RM 4.70) sebulan. Anaknya yang paling tua berusia 14 tahun.


Hatchett menerangkan bagaimana dia berada di dalam keadaan kritikal itu: Dia mempunyai empat anak pada masa tahun yang sama, dan ini berlaku dua kali.


Pada 2009, Hatchett diseret ke mahkamah atas pertuduhan tidak memberi nafkah kepada 21 anaknya waktu itu, dan ketika itu dia berkata dia tidak akan menjadi bapa lagi tetapi akhirnya sejak tiga tahun lepas, dia menjadi bapa kepada sembilan orang anak lagi.

Kerajaan tidak boleh memerintahkan Hatchett untuk berhenti menjadi bapa lagi kerana tidak melanggar undang-undang.

Pembantu Penyelia Mahkamah Daerah Knox, Melissa Gibson, berkata Hatchett mungkin pemegang rekod bapa kepada anak teramai di daerah itu.

Ketika ditemubual dalam satu ramcangan televisyen, sama ada dia mengenali setiap anaknya, Hatchett berkata, dia ingat semua nama, umur dan tarikh lahir anaknya. - Agensi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan