Khamis, 12 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gempa tidak cetus tsunami

Posted:

Gempa tidak cetus tsunami


Para pegawai penjara memeriksa dinding sebuah penjara di Banda Aceh yang runtuh akibat gegaran kuat gempa bumi yang melanda pantai barat Sumatera, kelmarin. - AFP


BANDA ACEH 12 April - Ahli seismologi berkata, gempa bumi kuat di Lautan Hindi dekat utara Sumatera, semalam tidak menyebabkan tsunami kerana pergerakan lapisan bumi di dasar laut itu berlaku secara mendatar dan bukannya secara menegak.

Keadaan itu menyebabkan ia tidak terlalu mengganggu pergerakan air sehingga boleh mencetuskan pembentukan ombak besar atau tsunami di sekitar Lautan Hindi.

Boya amaran tsunami yang dipasang selepas bencana gempa bumi pada 2004, hanya mengesan ombak setinggi 80 sentimeter yang melanda kawasan pantai Sumatera.

Pusat Amaran Tsunami Pasfik kemudian membatalkan amaran tsunami pada kira-kira pukul 8.36 malam waktu Malaysia, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Filipina undur kapal perang

Posted:

Filipina undur kapal perang


Kapal perang terbesar Filipina US Hamilton yang dikerah ke kawasan perairan di pulau Scarborough Shoal di Laut China Selatan pada 8 April lalu bagi menyelia nelayan-nelayan China yang didakwa menceroboh wilayah Filipina itu diundurkan dari kawasan tersebut, semalam. Filipina menuntut supaya krisis itu dengan China diselesaikan secara diplomatik. - REUTERS


MANILA 12 April - Filipina hari ini mengundurkan kapal perang terbesarnya dari kawasan perairan yang menjadi pertikaiannya dengan China berhubung dakwaan pencerobohan nelayan China di pulau Scarborough Shoal di Laut China Selatan.

Namun tindakan Filipina itu masih belum dapat menyelesaikan krisis membabitkan penahanan nelayan-nelayan China itu, apabila Beijing pula bertindak menghantar kapal ketiganya ke kawasan perairan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan