Harian Metro: Global |
Posted: 11 Apr 2012 10:01 AM PDT BANDA ACEH: Dua gempa bumi kuat yang berlaku selang beberapa minit menggegarkan Aceh, menyebabkan penduduk bertempiaran menyelamatkan diri dengan menaiki kereta dan motosikal, menuju ke tempat tinggi. Bagaimanapun, tsunami dan kerosakan besar tidak berlaku. Kejadian itu juga menyebabkan sebahagian besar negara yang menghadap Lautan Hindi mengeluarkan amaran tsunami tetapi menariknya balik selepas beberapa jam kemudian. Di Aceh, wanita dan kanak-kanak menangis kerana ketakutan dan cemas. Kira-kira 170,00 penduduk wilayah berkenaan mati akibat tsunami pada 2004.
Dan seorang pengunjung sebuah hotel dikatakan cedera ringan selepas dia terjun menerusi tingkap untuk menyelamatkan diri. Gempa bumi pertama berukuran 8.7 magnitud sementara yang kedua, 8.2. Keseluruhan Laut Hindi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tidak lama selepas itu. Gegaran pertama itu dirasakan di beberapa negara, termasuk Malaysia, Thailand dan Singapura dan kawasan selatan India. Sebahagian penduduk Aceh tidak mempercayai apa yang berlaku. Ibu bapa dan seorang anaknya terbunuh apabila tsunami melanda wilayah itu pada 2004. "Saya takut. Saya tak mahu kehilangan keluarga lagi," katanya sambil memegang erat dua anaknya di Masjid Baiturrahman, tempat di mana ratusan penduduk berlindung. Tetapi, sehingga lewat malam tadi, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilapor berlaku. - AFP |
Suara Susilo bergetar ketika umum gempa bumi Posted: 11 Apr 2012 09:59 AM PDT JAKARTA: Suara Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dilapor bergetar ketika mengumumkan secara rasmi mengenai gempa bumi yang melanda pantai barat Sumatera, semalam. Susilo membuat pengumuman itu selepas menyambut ketibaan Perdana Menteri Britain, David Cameron di Jakarta.
"Gempa bumi melanda wilayah Aceh dengan kekuatan 8.7 magnitud, kedalaman 10 kilometer dan 120 kilometer ke barat daya Aceh," kata Susilo dengan suara bergetar di Istana Merdeka, kira-kira sejam selepas gempa berlaku. Sehubungan itu, beliau mengarah Ketua Pengurusan Bencana, Andi Arief untuk segera ke lokasi gempa. Menurut Susilo, penduduk kawasan terbabit cemas.
"Penduduk cemas tetapi sebahagian besar mereka sudah berlepas menuju ke kawasan tinggi. Kawasan pantai dipantau dengan baik. Setakat ini belum ada ancaman tsunami tetapi perlu terus diawasi. Buat masa ini, belum ada laporan mengenai kematian atau kerosakan diterima," kata Susilo. - ROL |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan