Berita Harian: Dunia |
Gempa terbaru berbeza daripada 2004 Posted: 11 Apr 2012 04:36 PM PDT Dunia WANITA Aceh berpelukan kerana selamat selepas gegaran kuat berlaku di Banda Aceh, semalam. BANDA ACEH: Gempa bumi terbaru dengan kekuatan 8.7 skala Richter yang melanda Aceh semalam dijangka tidak disusuli tsunami hingga membawa kematian dan kemusnahan besar seperti yang berlaku pada 2004. Pakar memberi pandangan dengan berkata, kedua-dua gempa yang berlaku berbeza dari aspek geologi. Gempa yang berlaku kali ini adalah secara melintang dengan plat tektonik bergeseran menyebabkan gelombang dalam air meningkat sedikit.Sejenis lagi gempa membabitkan anjakan besar seperti di Jepun tahun lalu dan pada 2004 menyebabkan dasar laut bergegar dan naik hingga menghasilkan ombak yang menuju pantai. Pakar kaji gempa di Biro Kajian Geologi Britain, Roger Musson, yang mengkaji garisan gempa di Sumatera mengakui gusar apabila gegaran terbaru berlaku. "Tetapi, apabila saya tahu jenis gegarannya, saya rasa lebih baik kerana tidak sama seperti sebelum ini," katanya. Biro Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berukuran 8.7 magnitud berlaku 435 kilometer dari Banda Aceh.
Bagaimanapun, satu-satunya ombak yang berlaku kurang 80 sentimeter tinggi menghempas pantai Indonesia. Tetapi, ketika banyak pihak menarik nafas lega, satu lagi gegaran berukuran 8.2 magnitud melanda. "Kami baru saja memberi amaran mengenai satu lagi kemungkinan tsunami berlaku," kata jurucakap geofizik Indonesia, Prih Harjadi, kepada TVOne. Penduduk Indonesia dinasihatkan supaya mengelak daripada pergi ke pantai barat.
Oleh itu, gegaran dan bukan tsunami yang mencetuskan kebimbangan dan panik di beberapa tempat termasuk di negara jiran sperti Singapura, Thailand hingga India apabila bangunan bergoyang. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) berkata, sistem komunikasi yang dibentuk selepas tsunami 2004 berfungsi dengan baik. "Rekod kami menunjukkan semua khidmat meteorologi di negara yang menghadapi risiko tsunami menerima amaran tidak lebih daripada lima minit," kata Ketua Program Pengurangan Risiko Bencana, Maryam Golnaraghi. Sistem amaran awal itu disiarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika yang mengendali stesen amaran tsunami di Hawaii, katanya. – AP |
Bekas pemimpin China hadapi tuduhan bunuh Posted: 11 Apr 2012 04:34 PM PDT Dunia Disyaki bersama isteri sebabkan kematian warga BritainBEIJING: Krisis politik terbesar China dalam tempoh beberapa dekad berikutan penyingkiran jawatan seorang ahli politik yang diramal berpotensi besar, semakin menggemparkan selepas beliau dan isterinya ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan. Bekas pemimpin Parti Komunis di Chongqing, Bo Xilai yang disifatkan seorang berkarisma, diramal mampu mendaki kuasa di China sebelum dipecat bulan lalu dan digantung daripada Politburo, kelmarin. Pengumuman mengenai penggantungannya daripada 25 anggota Politburo itu disusuli kejutan menerusi pengumuman bahawa beliau dan isterinya disiasat atas pembunuhan ahli perniagaan Britain, Neil Heywood.Gu Kailai dan Zhang Xiaojun, ahli perubatan di kediaman Bo terbabit dalam pertelagahan dengan Heywood mengenai 'kepentingan ekonomi,' lapor agensi berita Xinhua. Mereka kini disiasat atas dakwaan membunuh manakala Bo Xilai disyaki terbabit dalam pencabulan disiplin serius yang biasanya merujuk kepada rasuah. Penganalisis berkata, skandal itu mendedahkan masalah besar dalam parti pemerintah sebelum peralihan kepemimpinan berlaku lewat tahun ini, sesuatu yang biasanya disaksikan setiap satu dekad. Laporan Xinhua dibuat lewat kelmarin, mengesahkan berlaku permasalahan dalaman parti terbabit sejak penyingkiran dilakukan sebelum kekerasan digunakan di Medan Tiananmen pada 1989. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan