Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Puak pemisah bertanggungjawab

Posted:

Puak pemisah bertanggungjawab


Para pekerja penyelamat mengangkat satu mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di Yala, selatan Thailand pada 31 Mac lalu. - REUTERS


BANGKOK 2 April - Polis Thailand mengenal pasti satu kumpulan pemisah yang dipercayai menjadi dalang dalam serangan bom kereta di Yala dan Hatyai yang menyebabkan 14 orang terbunuh.

Polis berkata, kumpulan diketuai Sahudin Tohjehmah yang dilaporkan aktif di Ramandistrict, Yala merupakan suspek serangan di kedua-dua wilayah tersebut tiga hari lalu.

Polis percaya Hatyai akan terus menjadi sasaran serangan bom, lapor akhbar Bangkok Post.

Ketua Polis Negara Thailand, Priewpan Damapong berkata, beliau percaya letupan itu merupakan satu serangan terancang dan dilancarkan oleh orang yang sama.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pesawat Rusia terhempas, 32 terkorban

Posted:

Pesawat Rusia terhempas, 32 terkorban

MOSCOW 2 April – Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh, manakala 11 lagi terselamat selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di Siberia, awal pagi ini.

Agensi berita Rusia, Itar-Tass yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan, Irina Andrianova melaporkan, pesawat enjin berkembar ATR 72 itu yang membawa 43 penumpang, termasuk empat krew, terhempas kira-kira 35 kilometer dari bandar Tyumen di barat Siberia.

Kejadian itu berlaku selepas pesawat milik syarikat penerbangan UTair terbabit hilang daripada radar pada kira-kira pukul 5.35 pagi (9.35 pagi waktu Malaysia) sebaik-baik berlepas dari lapangan terbang Tyumen dalam penerbangan ke Surgut, sebuah pekan terletak di utara Siberia.

Katanya, mangsa yang terselamat dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan