Harian Metro: Global |
Posted: 01 Apr 2012 09:22 AM PDT LONDON: Pelakon Daniel Craig akan merasmikan upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 sebagai James Bond selepas menerima undangan secara peribadi daripada Ratu Elizabeth. Elizabeth meminta Craig mengunjungi Istana Buckingham untuk menjalani penggambaran sebagai ejen 007 untuk upacara sukan besar-besaran di London itu. Dalam filem itu, dia tiba melalui undangan diraja untuk diberitahu misi terbarunya adalah merasmikan sukan berkenaan. Ratu mungkin membuat penampilan tetapi Istana merahsiakan hal itu. Berbilion orang yang akan menonton televisyen di seluruh dunia akan melihat Bond mendapat arahan sebelum dia dibawa dengan helikopter untuk terjun dengan payung terjun ke stadium Olimpik di Stratford, timur London.
Mereka turut merakam adegan helikopter dan payung terjun. Boyle, pengarah kreatif untuk upacara pembukaan memilih untuk menjadikan ejen M16 Bond sebagai kunci utama tontonan yang akan memulakan Sukan Olimpik.
"Ia akan menjadi adegan menakjubkan untuk semua penonton di rumah dan di dalam stadium pada 27 Julai kelak.
|
Buku dedah Ibu Ratu anak tukang masak Posted: 01 Apr 2012 09:20 AM PDT LONDON: Dakwaan luar biasa bahawa ibu sebenar ibu Ratu Elizabeth adalah tukang masak Perancis keluarga diraja itu bakal dimuatkan dalam buku terbaru penuh sensasi. Penulis aristokrat, Lady Colin Campbell berkata, pembantu dapur itu mungkin - versi awal ibu tumpang - bagi kedua-dua beradik Elizabeth Bowes Lyon dan adik lelakinya David.
Menurut Lady Colin, ini menjelaskan nama gelaran "Cookie" yang diberikan kepada ibu ratu oleh Duke dan Duchess of Windsor. Dakwaan mengejutkan itu terkandung dalam "The Queen Mother, The Untold Story of Elizabeth Bowes Lyon, Who became Queen Elizabeth the Queen Mother yang akan dijual bulan depan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan