Isnin, 23 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

Posted:

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

SEBUAH kereta Mercedes-Benz melalui sebatang jalan raya di Teheran semalam.


TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini.

Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).

"Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing," kata seorang jurujual di sini.

Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012.

Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini.

Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.

Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.

Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.

Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear.

Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear.

Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

13 maut nahas bas dekat Shanghai

Posted:

13 maut nahas bas dekat Shanghai

13 maut nahas bas dekat Shanghai


BEBERAPA pekerja penyelamat memeriksa sebuah bas yang berlanggar dengan sebuah trak di Changsu semalam.


BEIJING - Sebuah trak dan bas berlanggar dekat Shanghai menyebabkan 13 orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera di Changsu semalam.

Ramai yang mati itu merupakan pelancong yang dalam perjalanan ke bandar Changshou dari Shanghai.

Menurut agensi berita Xinhua, punca nahas masih disiasat.

Beberapa pegawai polis dan pentadbiran tempatan menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat terperinci tetang nahas itu.

Akhbar The Shanghai Daily menyatakan punca nahas mungkin disebabkan tayar meletup.

Empat daripada 21 orang cedera parah.

Pemandu lori dan enam daripada 33 penumpang bas tersebut mati di tempat kejadian, lapor Xinhua.

Enam lagi mati semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan.

Bas itu dilaporkan terbabas di tengah laluan menyebabkan ia bertembung dengan trak tersebut.

Trak tersebut datang dari arah yang bertentangan. - Agensi

Peminat One Direction diperdaya

Posted:

Peminat One Direction diperdaya

Peminat One Direction diperdaya


SEJUMLAH peminat menjerit semasa menyaksikan persembahan kumpulan One Direction di Teater St. James, Wellington semalam.


WELLINGTON, New Zealand - Sejumlah besar remaja wanita berhimpun di depan sebuah hotel di Auckland untuk melihat kelibat anggota-anggota kumpulan pop terkenal dari Britain, One Direction.

Namun, sebahagian mereka tidak mengenali anggota-anggota kumpulan itu.

Seorang penerbit radio, Guy Parsons, 23, yang memakai cermin mata gelap, skaf dan kain penutup rambut telah dikejar oleh sekumpulan remaja perempuan semasa dia meninggalkan hotel itu.

Kumpulan remaja yang mengejarnya menyangka dia ialah salah seorang daripada lima pemuda yang menganggotai kumpulan tersebut.

Parsons, 23, kelihatan lebih berusia dan lebih tinggi berbanding anggota-anggota One Direction tetapi beberapa remaja bertindak mengejarnya.

Bagaimanapun, sebahagian mereka menyedari lelaki itu bukan anggota kumpulan berkenaan.

Parsons hanya menyamar seolah-olah dia anggota kumpulan tersebut dan keluar dari hotel dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya menyatakan bahawa saya bukan salah seorang daripada anggota kumpulan itu tetapi mereka masih mahu merakamkan gambar.

"Saya tidak fikir saya boleh melakukannya pada setiap hari tetapi saya suka dengan perhatian itu selepas bergambar dan berlari untuk menjauhi ramai perempuan," tambahnya.

Pengakuannya itu disiarkan di akhbar Sunday Star-Times.

One Direction membuat persembahan di New Zealand yang bermula pada Sabtu lalu.

Persembahan mereka berakhir di sini semalam.

Kumpulan itu dianggotai oleh lima anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun.

Bakat kumpulan itu dicungkil menerusi program pertandingan nyanyian di Britain, The X Factor.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Herald on Sunday, seorang peminat, Raina Hepers, 15, berkata, dia menangis semasa anggota-anggota kumpulan itu naik ke pentas.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya menyaksikan mereka secara langsung. Saya hanya berhenti menangis selama lima minit, saya begitu gembira," katanya.

Dua peminat muda, Lucy Crabb dan Madi Dearlove yang masing-masing berusia 12 tahun menyatakan mereka sakit tekak kerana menjerit.

Kumpulan itu dianggotai oleh Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Liam Payne. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan