Isnin, 23 April 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Hollande bakal Presiden Perancis

Posted: 23 Apr 2012 01:39 PM PDT

Dunia

PENYOKONG  menyambut kemenangan Hollande pada pusingan pertama pemilihan Presiden Perancis di Paris, semalam.

PENYOKONG menyambut kemenangan Hollande pada pusingan pertama pemilihan Presiden Perancis di Paris, semalam.

Tokoh sosialis singkir Sarkozy menang pusingan pertama rebut jawatan

PARIS: Tokoh sosialis Francois Hollande melayakkan diri dalam pemilihan merebut jawatan Presiden Perancis, apabila memenangi pusingan pertama undian dan bakal bersaing dengan penyandang Nicolas Sarkozy pada 6 Mei depan.

Pelbagai sumber melaporkan, Hollande memenangi antara 28 hingga 30 peratus undian pada pusingan pertama manakala Sarkozy mendapat 24 hingga 27.5 peratus undi.

Ini menjadikan Sarkozy satu-satunya Presiden Perancis yang kalah pada pusingan pertama undian dalam sejarah Republik Kelima yang wujud pada 1958. Keputusan rasmi masih tidak diperoleh hingga undian ditutup di pusat utama di bandar pada jam 8 malam waktu tempatan, tetapi kecenderungan sudah jelas manakala suasana di ibu pejabat kempen Sarkozy kelihatan muram.

"Pusingan pertama sangat bagus. Harga diri sudah ditebus," kata jurucakap Parti Sosialis Aurelie Filippetti yang mengalu-alukan keputusan kelmarin dengan lebih kemeriahan kelihatan di ibu pejabat Hollande.

Seramai 10 calon bertanding termasuk Hollande dan Sarkozy diikuti Presiden Parti Barisan Kebangsaan, Marine Le Pen; calon sayap kiri, Jean-Luc Melenchon; Presiden Pergerakan Demokratik, Francois Bayrou dan ramai lagi calon lain.

Le Pen mendapat tempat ketiga dengan 20 peratus undian mengalahkan musuh ketatnya, Melenchon yang mendapat 13 peratus undian. Bayrou pula meraih antara 8.7 dan 10 peratus undi.
Jumlah pengundi yang keluar adalah tinggi sekurang-kurang 80 peratus, lebih rendah berbanding pada 2007 dengan 84 peratus tetapi meningkat dengan ketara berbanding pada 2002 dengan 72 peratus.

Sayap kiri tidak memenangi pilihan raya presiden sejak satu pertiga kurun tetapi keadaan semakin berubah apabila Perancis terperangkap dengan masalah peningkatan pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Hollande berkata, Sarkozy memerangkap Perancis untuk mengamalkan kehidupan berjimat cermat dan ramai kehilangan pekerjaan sementara Sarkozy berkata musuhnya tidak berpengalaman dan bersemangat lemah.

Krisis hutang mata wang euro dan pertumbuhan lembap dan kadar pengangguran yang terus menyelubungi kempen, dengan Sarkozy berusaha untuk mempertahankan rekod dan Hollande tidak mampu untuk memenuhi perbelanjaan yang meningkat.

"Saya tidak pernah terlepas daripada mengundi tetapi kali ini saya berasa lebih bersemangat untuk mengundi," kata pesara guru sekolah menengah, Isabelle Provost, 62, yang baru selesai menjalankan tanggungjawab membuang undi. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Mesir hentikan bekalan gas ke Israel

Posted: 23 Apr 2012 01:37 PM PDT

Dunia

KAHERAH: Kontrak penghantaran gas ke Israel ditamatkan kerana perlanggaran syarat yang ditetapkan, kata ketua Syarikat Natural Gas Holding Mesir, Mohamed Shoeb satu keputusan yang disifatkan Israel sebagai mengeruhkan perjanjian perdamaian antara kedua-dua negara.

Beliau berkata keputusan untuk membatalkan perjanjian itu bukannya atas sebab politik.

"Ini tidak berkait dengan apa-apa di luar hubungan komersil," kata Shoeb. Beliau berkata Israel tidak membayar bil gasnya empat bulan.
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor bagaimanapun menafikannya.

Shoeb memberitahu TV Mesir yang keputusan membatalkan kontrak dibuat Khamis lalu kerana kedua-dua belah pihak mempunyai hak dan pihaknya mewakili hak mereka.

Kelmarin, Menteri Kewangan Israel Yuval Steinitz, berkata pengumuman sebelah pihak Mesir adalah 'kebimbangan besar' membabitkan politik dan ekonomi.
"Ini adalah langkah berbahaya yang mengeruhkan perjanjian perdamaian dan suasana damai Mesir dan Israel," katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian gas asli 2005 menjadi simbol ketegangan antara Mesir dan Israel sejak kebangkitan Arab.

Bagi ramai rakyat Mesir, ia melambangkan hubungan rapat dengan presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak dengan Israel dan bagaimana orang yang berkait dengannya mendapat manfaat daripada perjanjian perniagaan sebesar itu.

Pengkritik mendakwa Israel mendapat gas pada harga di bawah pasaran dan kroni Mubarak meraih jutaan dolar daripada perniagaan itu yang menyebabkan Mesir mengalami kerugian jutaan dolar.– AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan