Harian Metro: Global |
Mati takut implan payu dara pecah Posted: 25 Apr 2012 09:49 AM PDT SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam. Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.
Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.
"Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.
|
Sekolah abai larangan ulama halang pelajar perempuan bersukan Posted: 25 Apr 2012 09:47 AM PDT JEDDAH: Sebuah sekolah perempuan di Arab Saudi mengetepikan larangan ulama dengan mendirikan tiang gol bola keranjang dan membenarkan pelajarnya bermain di situ pada waktu rehat. Akhbar al-Watan semalam melaporkan, sekolah di Wilayah Timur itu menjadi sekolah perempuan kerajaan pertama menggalakkan aktiviti sukan secara terbuka.
Ulama konservatif Arab Saudi memang melarang pelajar perempuan bersukan.
Pada tahun lalu, Abdullah berkata, wanita mungkin dibenarkan mengundi atau bertanding merebut jawatan dalam pilihan raya kerajaan tempatan. Beberapa bulan lalu, Arab Saudi dikritik kerana tidak menurunkan atlet wanita dalam Sukan Olimpik.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan