Sabtu, 24 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Rusuhan bola sepak

Posted:

Rusuhan bola sepak

KAHERAH 24 Mac - Seorang lelaki ditembak mati dan 18 lagi cedera dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan peminat kelab bola sepak al-Masry di bandar Port Said, selepas kelab bola sepak itu diharamkan bermain selama dua musim.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) berkata, tindakan itu diambil berikutan rusuhan di stadium di Port Said bulan lalu yang mengakibatkan 74 orang maut apabila al-Masry menewaskan pasukan Kaherah, al-Ahly.

"Disebabkan rusuhan itu juga, stadium tersebut akan ditutup selama tiga tahun,'' menurut EFA.

Saksi berkata, polis tentera melepaskan beberapa tembakan ke udara bagi menyuraikan beratus-ratus peminat yang mengadakan bantahan di luar bangunan Pihak Berkuasa Terusan Suez di Port Said.

Pertempuran bermula malam tadi dan berlanjutan sehingga pagi ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Ramai pemimpin Asia terlibat seludup dadah

Posted:

Ramai pemimpin Asia terlibat seludup dadah

SYDNEY 24 Mac - Satu siasatan ke atas aktiviti penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah mendapati, ahli-ahli politik berpengaruh dan polis di Asia turut terlibat dengan kegiatan tersebut.

Siasatan selama empat tahun oleh Suruhanjaya Jenayah Australia menyifatkan, jaringan penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah bernilai berbilion dolar itu memberi ancaman kepada masyarakat negara ini.

Akhbar Sydney Morning Herald hari ini melaporkan, Operasi Dayu itu mendapati, beberapa pegawai kanan Asia terlibat dengan sindiket jenayah global dikenali sebagai 'sindiket datuk'.

Menurut laporan, sindiket tersebut berjaya menembusi peringkat tertinggi kerajaan, terutamanya agensi penguatkuasaan undang-undang dan politik di Asia termasuk China, Vietnam, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Macau.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan