Sabtu, 24 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lelaki takut diperkosa wanita

Posted:

Lelaki takut diperkosa wanita

Lelaki takut diperkosa wanita

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.


MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.

"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

Perry 'pukau' penonton

Posted:

Perry 'pukau' penonton

Perry 'pukau' penonton


KATY PERRY menyanyi sebuah lagu pada Anugerah Muzik ECHO di Berlin kelmarin.


BERLIN - Penyanyi lagu I Kissed A Girl, Katy Perry memukau penonton dengan pakaian seksi dan persembahan yang bertenaga pada Anugerah Muzik ECHO kelmarin.

Perry memakai sut ketat futuristik ketika dia membuat persembahan yang berlangsung di Dewan Palaisam Funkturm di sini.

Pada malam itu, Perry, 27, menyanyikan lagu popularnya, Part of Me dengan diiringi barisan penari yang yang memakai baju dan seluar biru.

Terdahulu, dia mencuri tumpuan media apabila muncul pada anugerah berkenaan dengan memakai pakaian yang ketat berwarna perak.

Penyanyi berkenaan kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya selepas berpisah dengan suami, Russell Brand. - Agensi

Fenomena filem The Hunger Games

Posted:

Fenomena filem The Hunger Games

Fenomena filem The Hunger Games


SEORANG wanita, Sierra Betinis memakai pakaian watak Rue dalam filem The Hunger Games semasa dia memasuki sebuah lif di pawagam Regal di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Sejumlah besar orang membanjiri pawagam-pawagam di Amerika Syarikat untuk menonton tayangan tengah malam filem fenomena remaja, The Hunger Games kelmarin.

Diterajui bintang baharu seperti Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth, filem berkenaan dijangka mengungguli carta box-office di rantau Amerika Utara untuk tayangan pada hujung minggu ini.

Agensi tempahan tiket di Internet, Fandango menyatakan, The Hunger Game kini menduduki tempat ketiga senarai tempahan tiket awal yang tertinggi di AS di belakang filem The Twilight Saga: New Moon dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

Menurut Fandango, sebanyak 10 tiket The Hunger Games dijual pada setiap saat manakala 2,500 tayangan juga telah habis ditempah.

Filem The Hunger Games diadaptasi daripada novel dengan menggunakan tajuk yang sama.

Novel itu dihasilkan penulis Suzanne Collins dari AS.

Sebanyak 30 juta buku tersebut telah dijual di seluruh dunia setakat ini.

Seorang guru di sini, Daniela Perry, 32, berkata: "Saya mungkin menangis semasa menonton filem itu. Terdapat beberapa bahagian yang menyentuh emosi dengan beberapa budak mati.

"Dalam buku, kisahnya digambarkan amat menarik menyebabkan saya mahu menonton filem tersebut".

Menurutnya, dia menangis semasa membaca buku tersebut.

Filem itu mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berjuang dalam sukan maut demi meneruskan hidupnya.

Ia bakal menemui peminat di Perancis dan sebahagian besar Eropah pada Rabu ini. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan