Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Menteri Syria sertai pemberontakan

Posted:

Menteri Syria sertai pemberontakan



AMMAN 8 Mac - Timbalan Menteri Minyak Syria, Abdo Hussameldin (gambar) mengumumkan peletakan jawatannya di laman web YouTube dan akan menyertai pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad, sekali gs muncul pegawai awam tinggi pertama yang berpaling tadah terhadap rejim negara ini.

Abdo dalam rakaman video tersebut berkata, beliau berada dalam kerajaan selama 33 tahun tetapi tidak mahu terus berkhidmat dengan rejim yang melakukan jenayah.

"Saya Abdo Hussameldin, Timbalan Menteri Minyak mengumumkan pengunduran saya dari kerajaan dan Parti Baath. Saya akan menyertai revolusi rakyat,'' katanya dalam video yang dimuat naik semalam.

Bagaimanapun, kesahihan video berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Abdo berkata, beliau memilih untuk melakukan perkara yang betul walaupun mengetahui rejim akan mengambil tindakan terhadapnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

iPad 3 diperkenalkan

Posted:

iPad 3 diperkenalkan


KETUA Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, menerangkan ciri-ciri produk baru iPad 3 pada majlis pelancarannya di Pusat Seni Yerba Buena, di San Francisco, California, kelmarin. - AFP


SAN FRANCISCO 8 Mac - Apple semalam mendedahkan generasi ketiga iPad yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri menarik bagi memastikan ia terus menjadi komputer tablet terkemuka di pasaran.

Model iPad baru itu mempunyai pemproses yang lebih berkeupayaan tinggi dan resolusi yang jelas berbanding iPhone 4S.

Ia juga berkemampuan dihubungkan dengan jaringan telekomunikasi LTE 4G yang mampu mempercepat proses pemindahan data berbanding model sebelum ini.

"Kami sekali lagi telah mentakrif semula kategori Apple yang dicipta hanya dua tahun lalu dengan iPad yang asal,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada satu sidang akhbar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan