Kosmo Online - Dunia |
- Mesin pengundian elektronik timbulkan keraguan
- Belia 'emo' dibunuh kejam di Iraq
- Siri realiti baharu AS tonjol komuniti Iran
Mesin pengundian elektronik timbulkan keraguan Posted: Mesin pengundian elektronik timbulkan keraguan
WASHINGTON - Masalah-masalah yang dialami oleh mesin pengundian elektronik menimbulkan persoalan baharu berkaitan teknologi pilihan raya ketika sistem komputer itu bakal digunakan pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada November depan. Sebanyak 25 peratus rakyat AS dijangka menggunakan mesin-mesin pengundian tersebut. Namun, keyakinan terhadapnya dilihat semakin terhakis, jelas Yayasan Pengundian yang Disahkan (VVF). Yayasan itu yang mahukan sistem pilihan raya lebih bagus menyatakan mesin pengundian di 11 buah negeri adalah elektronik sepenuhnya. Ia juga tidak mempunyai sistem kertas bagi tujuan kiraan semula. Tahun lalu, pihak Microsoft Research menerbitkan satu laporan yang menjelaskan tentang pelbagai kelemahan sistem Rakaman Elektronik Lanngsung (Direct Recording Electronic, DRE) yang membolehkan penggodam mengubah bilangan undi dalam jumlah besar tanpa boleh dikesan. Aspek keselamatan dan teknologi pilihan raya telah menjadi isu di AS sejak pilihan raya presiden pada tahun 2000 yang dicemar oleh 'undi hantu' di negeri Florida yang membuatkan keputusan bercelaru. "Masih terdapat beberapa buah negeri yang tidak memiliki sistem kiraan semula yang meyakinkan. Sekiranya berdepan masalah, mereka tidak mampu menanganinya," kata Pamela Smith daripada VVF. Pada September tahun lalu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Roger Johnston daripada Argonne Lab membuktikan bahawa undian di sebuah mesin pengundian dapat diubah. Dengan hanya menggunakan satu peranti berharga AS$25 (RM75) ia mampu memanipulasi skrin sentuh mesin pengundian dan boleh dikawal dari jarak jauh. - AFP | |
Belia 'emo' dibunuh kejam di Iraq Posted: Belia 'emo' dibunuh kejam di IraqGAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka. BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan secara meluas di Iraq ekoran mereka dituduh mengamalkan hubungan sejenis. Senarai nama belia yang dikaitkan dengan gaya hidup gay itu dikeluarkan oleh militia-militia tempatan yang kemudian memburu dan membunuh mereka. Setakat ini, pasukan keselamatan negara Asia Barat itu gagal menghentikan perbuatan kejam itu daripada terus berleluasa. Malah, beberapa pegawai dan pertubuhan hak asasi memberitahu, sejak enam minggu lalu seramai 58 orang yang mengamalkan homoseks atau dituduh sebagai gay dibunuh di Iraq. Beberapa orang pegawai keselamatan memberitahu, di bandar Sadr sahaja, seramai 16 orang telah dibunuh. Sembilan daripada mereka dipukul dengan objek tumpul hingga mati, manakala tujuh lagi ditembak. Sumber sama berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beberapa saksi pula menyatakan, sebahagian mangsa dihentak di kepala sampai mati menggunakan blok simen oleh anggota-anggota militia Iraq. Satu senarai yang diagihkan oleh anggota-anggota militia di bandar Sadr, kawasan penduduk Syiah di sini baru-baru ini, mendedahkan nama atau nama samaran 33 orang yang didakwa sebagai emo beserta alamat mereka. Senarai berkenaan mengandungi amaran yang bermaksud: "Kami memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setiap pengamal homoseks lelaki dan wanita (lesbian). Jika anda tidak menghentikan perbuatan kotor ini dalam tempoh empat hari maka hukuman Tuhan akan menimpa anda di tangan pejuang Mujahidin." Semua nama yang terkandung dalam senarai tersebut ialah lelaki kecuali seorang wanita. Di Barat, 'Emo' adalah singkatan untuk emosional. Terma tersebut dikaitkan dengan remaja atau belia yang mendengar muzik alternatif, berpakaian hitam dan memiliki gaya rambut radikal. Golongan emo tidak semestinya gay. Tetapi di Iraq, mereka sinonim dengan hubungan sejenis. Seperti di negara-negara Islam lain, amalan homoseks dikecam di Iraq. Mereka yang dianggap gay menjadi sasaran diserang atau dibunuh, manakala pelakunya kerap kali terlepas daripada hukuman. - Agensi | |
Siri realiti baharu AS tonjol komuniti Iran Posted: Siri realiti baharu AS tonjol komuniti IranPEMAJU perumahan, Sammy Younai (kiri) dan Farahan dalam satu adegan siri realiti baharu, Shahs of Sunset yang mula ditayangkan di AS semalam. LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Siri realiti baharu, Shahs of Sunset yang menggambarkan kehidupan penduduk AS berketurunan Iran di sini mula ditayang di televisyen AS semalam. Ia yang ditayangkan di saluran kabel Bravo, menceritakan tentang pelbagai personaliti penduduk berketurunan Iran termasuk seorang lelaki berusia 38 tahun, Reza Farahan yang menggambarkan dirinya sebagai aneh. "Saya aneh kerana presiden yang memerintah negara asal saya menyatakan orang seperti saya tidak wujud," kata Farahan yang mengaku dia mengamalkan gaya hidup gay. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah memberitahu dalam satu persidangan di Universiti Columbia, AS pada 2007 bahawa di Iran tidak wujud golongan gay seperti di negara-negara Barat. Mahmoud berkata demikian ketika menjawab soalan tentang kedudukan golongan gay di Iran. Bravo dan Penerbit Eksekutif Shahs of Sunset, Ryan Seacrest menyatakan, siri realiti itu bertujuan memberi hiburan dan bukan mendidik penonton tentang sesuatu isu. Jelasnya, Shahs of Sunset memberi kelainan kerana sebelum ini, jarang terdapat program televisyen mengenai kehidupan masyarakat Islam terutamanya dari Iran di AS. Selain Farahan, program tersebut turut menampilkan ejen hartanah mewah, Mercedes Javid dan pemaju perumahan mewah di Beverly Hills, Sammy Younai. Mereka yang menyertai musim pertama program realiti itu terdiri daripada orang Islam dan Yahudi. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan