Selasa, 28 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


135 lagi korban serangan di Syria

Posted:

135 lagi korban serangan di Syria

135 lagi korban serangan di Syria


Penduduk Syria menghadiri pengebumian beramai-ramai penduduk yang terbunuh semasa bertempur dengan tentera kerajaan di kawasan Khaldiyeh, bandar Homs di utara Syria pada 26 februari lalu. - REUTERS


BEIRUT 28 Feb. - Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan di kawasan pemberontak di bandar Homs dan Idlib, menyebabkan seramai 135 penduduk awam terbunuh.

Serangan tersebut dilancarkan ketika kerajaan memuji kelulusan Perlembagaan baru yang menerima 90 peratus undi, sekali gus menunjukkan kejayaan reformasi demokrasi yang cuba ditunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan aktivis Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) berkata, seramai 64 penduduk ditembak mati pasukan keselamatan Syria ketika meninggalkan daerah Baba Amr, di tengah bandar Homs.

Baba Amr dan daerah-daerah lain di tengah Homs seperti Inshaat dan al Bayada berada di bawah pengawasan tentera Syria sejak 4 Februari ini.

Sumber-sumber berita yang diperoleh, bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana kerajaan Syria masih mengenakan larangan terhadap kumpulan wartawan bebas daripada melaporkan sebarang berita yang berlaku di kawasan-kawasan 'panas'.

Sebelum ini, kumpulan aktivis melaporkan serangan yang dilancarkan di Baba Amr dan Al Khalidiyeh menyebabkan 40 terbunuh manakala seramai 31 askar berpaling tadah maut di wilayah Idlib.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan proses pengundian draf Perlembagaan baru yang diadakan pada Ahad lalu memperoleh undian lebih 57 pratus.

"Proses demokrasi ini berlaku dalam suasana kebebasan, tulus dan adil," katanya.

Pihak pemberontak, bagaimanapun memboikot referendum tersebut dengan menyatakan Assad bakal menggunakan kelebihan itu untuk menguatkan barisan pertahanannya bagi melindungi rejimnya. - DPA

PM Australia akan singkir menteri ingkar

Posted:

PM Australia akan singkir menteri ingkar

PM Australia akan singkir menteri ingkar


Gillard dan Timbalannya, Wayne Swan tersenyum gembira selepas berjaya mengekalkan jawatan memimpin parti buruh setelah menumpaskan bekas menteri luar, kevin rudd di bangunan parlimen di canberra, kelmarin. - REUTERS


SYDNEY 28 Feb. - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tidak menolak kemungkinan akan menghukum menteri-menteri yang tidak menyokong beliau dalam pertarungannya dengan bekas Menteri Luar, Kevin Rudd (gambar) untuk menentukan pucuk pimpinan Parti Buruh.

Gillard mengekalkan jawatannya memimpin Parti Buruh, semalam setelah menumpaskan Rudd dengan 71 undi berbanding 31 undi pada pengundian rahsia yang disertai oleh ahli Parlimen Parti Buruh selepas bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar itu mencabar beliau sebagai ketua parti pemerintah tersebut.

Rudd meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar sebelum mencabar Gillard dan portfolio itu kini perlu diisi, seperti juga jawatan Penolong Setiausaha Perbendaharaan yang dilepaskan oleh Mark Arbib.

Gillard berkata, rombakan akan dilakukan walaupun beliau dan Rudd menggesa semua ahli Parti Buruh supaya kembali bersatu berikutan perebutan pucuk pimpinan paling merosakkan dan paling sengit dalam sejarah parti itu.

"Semalam saya menegaskan saya akan mengumumkan rombakan pada waktu yang saya anggap sesuai dan saya tidak akan membuat spekulasi mengenainya sebelum pengumuman itu.

"Saya akan menilai pasukan saya berdasarkan merit dan kemampuan untuk menghadapi pertarungan dengan pembangkang," katanya.

Lima menteri menyokong Rudd dalam perebutan pucuk pimpinan itu, semalam terdiri daripada Menteri Sumber, Martin Ferguson; Menteri Imigresen, Chris Bowen dan Menteri Pengangkutan, Anthony Albanese serta Menteri Perumahan, Robert McClelland dan Menteri Pembuatan, Kim Carr.

Rudd menggesa Gillard supaya tidak membalas dendam bagi membantu memulihkan kepercayaan dan perpaduan dalam Parti Buruh yang jauh ketinggalan di belakang parti pembangkang konservatif daripada segi sokongan pengundi menjelang pilihan raya pada tahun depan.

Namun, penyokong utama Gillard, Menteri Wilayah, Pembangunan Wilayah dan Kerajaan Tempatan, Simon Crean menjangka rombakan besar akan dilakukan.

"Beliau (Gillard) sudah pun memperlihatkan ketegasan yang tidak ditunjukkan sebelum ini, dan rombakan Kabinet seharusnya menjadi sebahagian daripada ketegasan itu," kata Crean yang dianggap sebagai calon utama untuk menggantikan Rudd sebagai Menteri Luar. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan