Isnin, 20 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Petrodar dituduh rampas minyak

Posted:

Petrodar dituduh rampas minyak

Petrodar dituduh rampas minyak

JUBA 20 Feb. - Firma minyak China-Malaysia, Petrodar yang merupakan pengendali utama di Sudan Selatan menafikan tuduhan kerajaan Sudan Selatan ia membantu Sudan merampas minyak daripada negara baru itu.

Penafian itu dikeluarkan selepas Juba menuduh firma-firma China bekerjasama dengan Khartoum dalam perbalahan antara kedua-dua negara.

Sudan Selatan yang menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 selepas berpisah daripada Sudan kini berbalah dengan Khartoum berhubung bayaran minyak.

Berikutan kemerdekaannya, Sudan Selatan mendapat 75 peratus daripada pengeluaran minyak Sudan tetapi perlu mengeksport minyak mentah menerusi saluran paip ke utara dan sebuah pelabuhan di Laut Merah.

Kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung caj yang perlu dibayar oleh Juba, menyebabkan Khartoum pada bulan lepas merampas tiga kiriman minyak Sudan Selatan di terminal Laut Merah.

Sudan Selatan menghentikan seluruh outputnya yang berjumlah 350,000 tong sehari (bpd) dan sejak beberapa minggu lalu, beberapa pegawai Sudan Selatan menuduh firma-firma minyak China membantu Sudan merampas minyak daripada negara ini.

Kerajaan melancarkan siasatan pada minggu lepas dan mengancam untuk mengusir firma China jika mereka didapati bekerjasama dengan Sudan.

Petrodar yang mengepam 230,000 tong minyak sehari di negeri Upper Nile, Sudan Selatan sebelum penutupan operasinya, dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya sentiasa mematuhi arahan dari Juba dan tidak terlibat dalam rampasan minyak di terminal Laut Merah.

Petrodar ialah sebuah konsortium terdiri daripada firma-firma kerajaan China iaitu Sinpoec dan Chinese National Petroleum Corp serta Petronas dari Malaysia. - REUTERS

Jualan minyak dihentikan

Posted:

Jualan minyak dihentikan

Jualan minyak dihentikan

TEHERAN 20 Feb. - Iran menghentikan penjualan minyaknya kepada Britain dan Perancis, semalam dalam langkah yang dilihat sebagai tindak balas terhadap sekatan ketat oleh Kesatuan Eropah (EU) ke atas republik Islam itu.

EU membangkitkan kemarahan Teheran pada bulan lepas dengan memutuskan untuk melaksanakan boikot ke atas minyak Iran mulai 1 Julai ini.

Iran yang merupakan pengeksport minyak kelima terbesar di dunia membalas dengan mengancam untuk menutup Selat Hormuz, laluan utama bagi kapal yang membawa minyak di Teluk.

Semalam, Kementerian Minyak Iran bertindak selangkah lagi dengan mengumumkan Teheran sudah menghentikan sama sekali jualan minyak kepada Britain dan Perancis.

Langkah itu memberi mesej yang sangat lantang tetapi lebih bersifat simbolik kerana kedua-dua negara Eropah itu tidak bergantung kepada import minyak mentah dari Iran.

Suruhanjaya Eropah (EC) pula berkata, EU tidak akan kekurangan minyak jika Iran menghentikan eksport minyak mentah kerana stoknya mencukupi bagi memenuh keperluan selama 120 hari.

"Eksport minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis sudah dihentikan, dan kami akan menjual minyak kami kepada pelanggan baru," kata jurucakap Kementerian Minyak, Alireza Nikzad di laman webnya.

Iran yang menafikan dakwaan Barat bahawa ia mahu membina senjata nuklear, memperhebatkan retoriknya sejak beberapa minggu lalu sambil menyuarakan kesediaan untuk menyambung semula rundingan mengenai program nuklearnya.

Pasukan lima anggota daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tiba di Teheran, malam tadi untuk mengadakan rundingan berhubung program nuklear Iran, meskipun diplomat Barat tidak menaruh harapan tinggi mencapai kemajuan besar pada rundingan dua hari itu.

"Saya masih pesimis Iran akan memberikan kerjasama penuh yang diperlukan," kata seorang Duta Barat di Vienna.

Namun, keputusan rundingan minggu ini dianggap penting dan akan diberi tumpuan kerana ia boleh meningkatkan konfrontasi atau membuka ruang untuk meredakan ketegangan. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan