Harian Metro: Global |
Posted: 19 Feb 2012 08:10 AM PST NEWARK (New Jersey): Selebriti, keluarga dan teman rapat meratapi penyanyi Whitney Houston dalam upacara pengebumian di bandar kelahirannya kelmarin, seminggu selepas kematian mengejut penyanyi bersuara emas itu. Kumpulan koir mendendangkan muzik gospel kepada tetamu yang memenuhi Gereja New Hope Baptist di Newark, di mana bakat menyanyi Whitney ditemui ketika menjadi ketua kumpulan koir gereja itu bersama ibunya, Cissy Houston, penyanyi latar kepada Aretha Franklin.
Costner menggesa semua orang di seluruh dunia supaya "keringkan air mata kita, simpan kesedihan kita - atau mungkin kemarahan - hanya untuk mengingati keajaiban indah Whitney."
Beberapa artis lain turut membuat persembahan sebagai memberi penghormatan termasuk nama besar seperti Stevie Wonder dan Alicia Keys.
"Whitney membuat kami bersemangat dan rasa disayangi," katanya sebelum mempersembahkan lagu 'Prelude to a Kiss".
|
Lelaki terperangkap dalam salji 2 bulan masih hidup Posted: 19 Feb 2012 08:02 AM PST STOCKHOLM: Seorang lelaki Sweden masih hidup selepas terperangkap dalam kenderaannya yang dilitupi salji tebal di kawasan hutan selama dua bulan tanpa makanan, lapor media dan polis, kelmarin. Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui Jumaat lalu, dalam keadaan kurus kering dan terlalu lemah. Dia ditemui tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden oleh sekumpulan lelaki menaiki kenderaan salji yang menyangka mereka terserempak dengan sebuah kereta terbiar hingga mereka menggali ke arah cermin kereta dan terlihat pergerakan di dalamnya.
"Ia sungguh menakjubkan kerana dia masih hidup memandangkan dia tiada makanan dan cuaca juga sangat sejuk selepas Krismas," kata anggota penyelamat kepada akhbar harian Vasterbottens-Kuriren.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan