Jumaat, 24 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


50 maut letupan bom di Iraq

Posted:

50 maut letupan bom di Iraq

50 maut letupan bom di Iraq

SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian letupan bom di bandar Kirkuk semalam.


BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 50 orang maut semalam ekoran satu siri serangan bom bertubi-tubi di sebuah wilayah di Iraq dengan sasaran terhadap pasukan keselamatan yang kemungkinan dilakukan oleh militan Al-Qaeda untuk menghuru-harakan negara.

Pengeboman yang terancang dan tembakan secara terbuka yang berlaku lebih dua jam setengah di Baghdad yang menyebabkan berlaku banyak kematian selain di 11 buah bandar lain.

Para militan itu telah menyerang pejabat-pejabat pentadbiran, restoran dan satu serangan di pekan Musayyib berdekatan sebuah sekolah mengakibatkan lebih 200 orang cedera.

"Apa yang berlaku pada hari ini bukan pelanggaran keselamatan yang mudah, ia merupakan kegagalan keselamatan dan bencana yang besar," kata seorang pekerja sebuah pejabat Kementerian Pelajaran di Shiite, Ahmed al-Tamimi.

Ahmed turut menggambarkan situasi itu sangat buruk yang melibatkan cebisan daging manusia dan tompokan darah di tempat kejadian.

"Kami mahu tahu apa yang dilakukan oleh beribu-ribu anggota polis dan tentera di Baghdad pada hari ini ketika pengganas-pengganas berkeliaran di bandar dan melakukan keganasan," katanya.

Siri serangan besar-besaran oleh para pembrontak berlaku sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan Iraq pada pertengahan Disember lalu setelah peperangan hampir 10 tahun berakhir di negara ini. - Agensi

Rusuhan di penjara Bali

Posted:

Rusuhan di penjara Bali

Rusuhan di penjara Bali


SEJUMLAH anggota polis tiba di luar penjara Kerobokan, Bali semalam.


DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia semalam memulakan perpindahan banduan asing dan wanita dari sebuah penjara di Bali yang telah ditawan oleh sekumpulan banduan sejak kelmarin.

Kumpulan pertama banduan asing dan wanita itu menaiki bas di luar pintu masuk penjara Kerobokan.

Sejumlah anggota polis yang memakai topi dan peralatan perlindungan rusuhan turut tiba bagi menambahkan bilangan ratusan anggota pasukan keselamatan yang mengepung penjara tersebut.

Empat banduan lelaki asing dilihat dibawa keluar dengan menaiki sebuah bas diikuti dengan sembilan wanita termasuk banduan dari negara Barat dan Asia.

Seramai 17 banduan Indonesia dilihat menaiki bas yang ketiga.

Polis dan pasukan tentera telah menyerbu penjara itu pada subuh kelmarin untuk menguasai penjara tersebut selepas berlaku kebakaran dan batu dibaling para banduan.

Namun, para banduan kembali menawan penjara tersebut pada waktu malam.

Jurucakap polis Bali, Hariadi berkata, sekumpulan banduan masih mengawal penjara tersebut tetapi situasi di dalamnya dilihat tenang.

"Ekoran rundingan telah dibuat, para banduan itu berjanji tidak akan mencetuskan sebarang anarki," katanya.

Seramai 12 daripada 60 banduan asing yang terdapat dalam penjara tersebut disabitkan kesalahan melakukan penyeludupan dadah.

Jurucakap tentera komando wilayah, Wing Handoko menyatakan, pihaknya tidak akan menyerbu penjara tersebut sebelum banduan asing dan wanita itu dipindahkan.

Ketua Penjara Kerobokan, Bowo Nariwono berkata, pihak berkuasa telah berunding dengan para banduan sebagai usaha untuk menamatkan penawanan tersebut yang menempatkan 1,015 banduan, lebih tiga kali ganda daripada bilangan banduan sebenar yang sepatutnya ditempatkan di penjara berkenaan.

Para banduan yang menawan penjara itu menuntut penghantaran pulang tiga banduan yang dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang tentang cara layanan terhadap mereka.

Beberapa pegawai dan laporan media menyatakan masalah itu bermula selepas salah seorang banduan ditikam pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan tindakan balas dendam dalam kalangan banduan sehingga menyebabkan para pengawal penjara meninggalkan kemudahan tersebut.

- Agensi

Adele pakai cincin permata yang besar

Posted:

Adele pakai cincin permata yang besar

Adele pakai cincin permata yang besar


ADELE memakai sebentuk cincin permata yang besar pada jari kirinya pada Anugerah Muzik Britain pada Selasa lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi lagu Someone Like You, Adele yang telah memenangi dua Anugerah Muzik Britain dilihat memakai sebentuk cincin permata besar pada jari manisnya, lapor akhbar MailOnline semalam.

Adele, 23, pernah memakai sebentuk cincin pada jari berkenaan tetapi menukarkannya dengan cincin bertatahkan batu pertama besar berwarna kuning itu pada anugerah muzik itu,

Dia hanya membuat kemunculan umum pertama bersama teman lelakinya, Simon Konecki pada majlis Anugerah Grammy dua minggu lepas walaupun mereka sudah berkenalan sejak musim panas tahun lalu.

Sementara itu, album Whitney Houston, The Bodyguard gagal untuk mengatasi album Adele, 21 daripada carta album Billboard 200 sebagai album wanita paling lama berada pada kedudukan pertama.

Album 21 menduduki tempat pertama buat kali ke-21 mengatasi rekod yang dibuat Houston dengan album Bodyguard pada tahun 1992. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan