Ahad, 12 Februari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Hidup saya kini lebih indah: KD

Posted: 11 Feb 2012 08:20 AM PST

JAKARTA: Sebelum berkahwin dengan Raul Lemos, artis Kris Dayanti memang seorang penyanyi yang terkenal. Walaupun kini tinggal di Dili kerana mengikuti suaminya yang mempunyai perniagaan di sana, dia tetap terus berkarier.

Kris Dayanti atau lebih dikenali sebagai KD memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk terus berkarier kerana Raul memberikan sepenuh sokongan kepadanya.


"Alhamdulillah dari tahun lalu selepas menikah dan melahirkan anak, hidup saya sangat bahagia. Sampai sekarang saya masih menyusukan anak, tetapi suami memberi izin untuk meneruskan karier asalkan pandai membahagi waktu," katanya ketika ditemui di Alfamart Podomoro City di Jakarta Barat, kelmarin. KD yang ditemui untuk acara 'Meet and greet' album kompilasi Bebi Romeo berasa kehidupannya semakin bahagia dan penuh warna-warni selepas berkahwin dengan Raul dan mempunyai anak. "Saya bahagia kerana hidup saya kini jauh lebih indah. Sekarang saya menguruskan bayi seorang diri. Kalau dulu ibu banyak membantu menguruskan anak tetapi kini ibu saya sakit, jadi saya perlu menguruskan Amora sendiri," katanya. Walaupun sibuk mengasuh bayi, KD tetap memberi tumpuan kepada singlenya yang akan diterbitkan dalam waktu terdekat ini. - KL



Anak Madonna muncul dengan gaya rambut punk

Posted: 11 Feb 2012 08:18 AM PST

HOLLYWOOD: Anak perempuan Madonna nampaknya mengikut jejak langkah ibunya apabila tampil dengan gaya rambut pelik, semalam.

Lourdes, 15, muncul dengan gaya rambut barunya yang dicukur hampir botak di bahagian kanan kepalanya ketika dia bersiar-siar di bandar raya New York.


Lourdes yang tampil dengan jaket hitam dan seluar ketat dilihat seperti remaja punk.

Walaupun Madonna dan anaknya itu menggemari fesyen tetapi mereka sering berbalah pendapat mengenainya.


Dalam satu wawancara bulan lalu, Madonna mengakui Lourdes selalu memberi komen terhadap pilihan fesyen pakaiannya. "Anak perempuan saya selalu berkata, pakaian itu tidak sesuai untuk ibu dan usah keluar rumah memakainya. Kadangkala pendapatnya mungkin betul," katanya.


Madonna juga memberitahu satu insiden ketika dia keluar dari bilik persalinan untuk menghadiri majlis rasmi dan Lourdes memintanya supaya menukar pakaian. - DM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan