Isnin, 27 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

Posted: 27 Feb 2012 01:55 PM PST

Dunia

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan   kedatangan Nabi Muhammad.

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.

Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Hukuman Abu Bakar dikekalkan

Posted: 27 Feb 2012 01:53 PM PST

Dunia

JAKARTA: Mahkamah Tinggi Indonesia mengekalkan hukuman penjara 15 tahun terhadap ulama negara itu, Abu Bakar Bashir atas dakwaan melakukan tindakan keganasan, mengubah keputusan sebelum ini untuk mengurangkan hukuman sehingga sembilan tahun.

Bashir dianggap sebagai pemimpin kerohanian bagi pejuang Islam di Indonesia, negara yang majoriti penduduk orang Islam penyokong jihad gaya al Qaeda, bagaimanapun ulama berusia 73 tahun itu sering menafikan yang beliau pengganas.

Jun tahun lalu, mahkamah rendah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara tetapi berikutan rayuan di Mahkamah Tinggi, hukuman itu dikurangkan sehingga sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usia yang lanjut. Abu Bakar Bashir dibuktikan bersalah secara rasmi dan beliau melakukan tindakan keganasan, kata mahkamah tinggi dalam penghakimannya yang juga keputusan akhir.

Bashir sudah berada dalam penjara didakwa pengasas dan ketua ideologi kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang bertanggungjawab mengadakan siri serangan termasuk pengeboman Bali 2002 yang meragut nyawa 202 orang yang kebanyakannya pelancong asing.

Pendakwah bersuara lantang tetapi sudah uzur itu menuduh Amerika, sekutunya dan Yahudi berada di mana-mana melakukan keganasan terhadap Islam dan melancarkan perang terhadap mereka adalah tugas setiap umat Islam.

Bashir menolak keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.
Penyokong fanatiknya mengadakan tunjuk perasaan yang apa dipercayainya sebagai undang-undang yang termaktub dalam negara sekular dan perlembagaan demokratik tidak boleh dikenakan kepadanya.

Ini haram. Saya menolak kerana ia kejam dan mengabaikan undang-undang syariah. Penghakiman ini dibuat rakan syaitan dan haram untuk saya menerimanya, katanya kepada hakim.

Minggu lalu, Amerika Syarikat secara rasmi melabelkan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT), yang diasaskan Bashir pada 2008, satu organisasi pengganas asing, mengaitkannya dengan beberapa serangan di Indonesia.

Jabatan negeri menuduh kumpulan yang menjadi dalang dalam pengeboman gereja di Jawa September lalu, serangan berdarah polis Indonesia dan rompakan bank bertujuan mengumpul wang bagi senjata dan bahan bom.

Dalam maklum balas, Bashir berkata dalam satu kenyataan: Ia hanyalah satu usaha Amerika Syarikat untuk mempengaruhi hakim di Mahkamah Tinggi untuk terus menahan saya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan