Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


AS kurangkan perbelanjaan tentera

Posted:

AS kurangkan perbelanjaan tentera

AS kurangkan perbelanjaan tentera

WASHINGTON 27 Jan. - Pentagon, semalam mencadangkan belanjawan 2013 yang melibatkan pemotongan berjumlah AS$487 bilion (RM1.5 trilion) bagi perbelanjaan pertahanan bagi tempoh satu dekad akan datang melalui pengurangan hampir 100,000 askar darat dan menukar fokus strategik daripada perang di Afghanistan dan Iraq ke rantau Asia Pasifik serta Asia Barat.

Perubahan itu turut melibatkan pengurangan kapal perang dan merombak pasukan tentera udara dalam usaha menjadikannya pasukan yang lebih kecil dan tangkas, dengan fokus yang lebih strategik.

Pembiayaan tersebut menjadi titik perubahan bersejarah kepada pasukan tentera AS selepas perang selama 10 tahun di Afghanistan dan Iraq berakhir.

"Pengurangan yang kami cadangkan melibatkan kesemua 50 negeri di Amerika. Ia akan menjadi kayu pengukur, sama ada pengurangan defisit hanya sekadar perancangan atau tindakan," kata Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta, semalam.

Beliau yang mengimbas belanjawan yang akan diumumkan pada 13 Februari ini berkata, akan meminta belanjawan dasar berjumlah AS$525 bilion (RM1.6 trilion) untuk tahun fiskal 2013, berbanding AS$531 (RM1.65 trilion) tahun ini, pertama kali lebih rendah berbanding tahun sebelumnya sejak peristiwa 11 September 2001.

Daripada peruntukan itu, sebanyak AS$88.4 bilion (RM265 bilion) akan digunakan bagi menyokong operasi pertempuran di luar negara terutama di Afghanistan, berkurangan berbanding sebanyak AS$115 bilion (RM356 bilion) tahun ini berikutan berakhirnya perang di Iraq dan pengunduran tentera dari negara itu.

Rancangan belanjawan itu, walaupun mendapat kritikan hebat daripada beberapa anggota Parlimen, mencipta satu platform baru antara pentadbiran Presiden Barack Obama dan Kongres berhubung perbelanjaan Pentagon untuk keselamatan negara dalam usaha negara mengekang belanjawan defisit. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Ketua orang Asli Australia kutuk tindakan

Posted:

Ketua orang Asli Australia kutuk tindakan

Ketua orang Asli Australia kutuk tindakan

SYDNEY 27 Jan. - Ketua-ketua kumpulan orang Asli Australia hari ini mengkritik tindakan kurang hormat kumpulan hak asasi orang Asli yang menyebabkan Perdana Menteri Julia Gillard terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan ketika berada di sebuah restoran di Canberra, semalam.

Pesuruhjaya Keadilan Rangkaian Penduduk Pulau Teluk Torres dan Aboriginal, Mick Gooda (gambar) berkata, sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit sangat memalukan.

"Tunjuk perasaan yang agresif, berpecah-belah dan mengancam keselamatan orang lain tidak mendapat restu komuniti orang Asli di pulau ini," katanya.

Gillard dan ketua pembangkang, Tony Abbott terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan selepas dikelilingi berpuluh-puluh aktivis orang Asli di sebuah restoran di Canberra yang mengetuk tingkap restoran sambil melaungkan perkataan 'malu' dan 'perkauman'. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan