Jumaat, 20 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dibuli ketika pengsan

Posted: 19 Jan 2012 08:39 AM PST

NEW ORLEANS: Seorang peminat bola sepak Amerika menjadi mangsa serangan seksual penyokong pasukan lawan ketika dia pengsan di sebuah restoran makanan segera, lapor media semalam.

Insiden selepas perlawanan itu menunjukkan remaja lelaki terbabit yang terkulai di meja makan dikerumuni sekumpulan penuntut Universiti Alabama.


Kejadian berlaku di restoran Krystal di New Orleans pada 9 Januari lalu dan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.

Ia menjadi perhatian selepas rakaman berkenaan dimuat naik penuntut Universiti Alabama di YouTube, tetapi dipadamkan tidak lama kemudian.


Melalui rakaman itu, seorang pemuda dilihat bertenggek di atas badan mangsa sebelum menggosok kemaluannya ke muka penuntut Universiti Louisiana State (LSU) terbabit.


Laporan mendakwa, kejadian itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Amerika di antara dua kolej dan Universiti Alabama mengalahkan LSU 21-0.

Rakaman sepanjang lima minit itu turut menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian Universiti Alabama bersorak sambil melukis kartun di muka mangsa.


Sebahagian daripada mereka turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing.

Pada satu ketika, terdengar suara seseorang berkata: "Matilah dia." Kejadian itu berlanjutan apabila penyokong Universiti Alabama itu mencucuk hidung mangsa.


Ketika itu, seorang pemuda terdengar berkata: "Alamak! Saya tak nampak dia bergerak!" sebelum seseorang mencadangkan supaya rakannya "mencurah air" untuk menyedarkan mangsa.


Pemuda yang dibuli itu dilihat terangkat sedikit tetapi mukanya masih tersembam di atas meja dan tidak sedarkan diri.


Ketika itulah seorang pemuda memakai topi besbol mengeluarkan kemaluannya dan memanjat badan mangsa sebelum menggosoknya ke mula lelaki terbabit.


Identiti lelaki yang melakukan serangan itu tidak didedahkan dan tiada pengesahan dia adalah penuntut universiti.


Seorang daripada penuntut dalam klip video itu dikenal pasti sebagai anak Pengarah Sukan stesen televisyen WKRG berusia 22 tahun - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Pengarah Biro Siasatan Filipina bersubahat menculik

Posted: 19 Jan 2012 08:37 AM PST

MANILA: Ketua agensi siasatan jenayah Filipina dipecat semalam kerana terbabit dalam penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, kata setiausaha keadilan, semalam.

Pengarah Biro Siasatan Kebangsaan (NBI), Magtanggol Gatdula dan 10 ejennya dikaitkan dengan kejadian penculikan seorang wanita Jepun pada tahun lalu.


Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, panel siasatan mencadangkan Gatdula didakwa atas tuduhan jenayah berdasarkan pengakuannya.

"Cadangan itu dibuat selepas Gatdula, beberapa pegawai lain di NBI, mangsa dan pegawai Kedutaan Jepun membuat pengakuan di depan panel Jabatan Keadilan yang menyiasat kes berkenaan," katanya.


Ejen NBI menahan Noriyo Ohara yang didapati berada di Filipina secara haram pada Oktober lalu.


Mereka kemudian menuntut pampasan kira-kira RM430,000 daripada keluarga Noriyo jika mahu dia dibebaskan.

Menurut Leila, panel siasatan mendapati Gatdula tahu mengenai rancangan menculik Noriyo yang ketika itu melarikan diri daripada samseng Jepun.


"Gatdula turut cuba menutup jenayah itu," katanya.

Presiden Benigno Aquino melantik Gatdula - bekas penuntut akademi tentera Filipina dan pernah dilatih di Akademi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Quantico - pada 2010. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan