Khamis, 19 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jelajah seks Britney

Posted: 18 Jan 2012 07:48 AM PST

LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.

Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.


Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.

Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.


Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.


"Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.

"Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.


"Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain," katanya.

Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.


"Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.


"Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.


Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.


Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.


Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini. - TS



Full content generated by Get Full RSS.

Gadis menyamar lelaki demi cinta sejenis

Posted: 18 Jan 2012 07:46 AM PST

LONDON: Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon.

Namun, di sebalik penampilan sopan itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menjalani hidup songsang yang mendorongnya menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bercinta dengan dua teman wanita yang memberahikannya.


Melalui helahnya itu, Gemma tampil sebagai remaja lelaki supaya dapat berasmara dengan dua mangsanya - masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Gemma memiliki tiga identiti palsu, iaitu Aaron Lampard, Connor McCormack dan Luke Jones.


Menurut sumber, Gemma memperdaya mangsanya dengan bercakap dan berkelakuan seperti budak lelaki.


Dia juga sering memakai pakaian longgar dan bertopi bagi melindungi bentuk fizikal sebenarnya.

"Gemma membuka akaun Facebook menggunakan identiti Lampard, McCormack dan Jones dengan setiap satu menampakkan personaliti tersendiri," katanya.


Sumber melaporkan, Gemma mengelirukan semua rakan dan keluarganya dengan menampilkan diri sebagai tiga remaja lelaki berbeza.

"Mangsa digoda walaupun kedua-dua mereka belajar di sekolah sama," katanya.


Akhirnya penyamaran Gemma terbongkar apabila mangsa itu mengesyaki mereka berkongsi 'teman lelaki.' "Seorang daripada mereka membuka topi Gemma ketika dia tidur dalam bilik dan menyedari 'lelaki' terbabit adalah orang yang sama dikenali sebagai Lampard dan bercinta dengan rakan mangsa," katanya.


Polis kemudian menahan Gemma kerana disyaki melakukan serangan seksual. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan