Khamis, 19 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Laman web protes tapisan di internet

Posted: 19 Jan 2012 02:56 PM PST

Dunia

LAMAN Wikipedia menunjukkan mesej di web hitam putih memberi amaran mengenai dunia tanpa ilmu pengetahuan percuma.

LAMAN Wikipedia menunjukkan mesej di web hitam putih memberi amaran mengenai dunia tanpa ilmu pengetahuan percuma.

Wikipedia, Google gusar alam siber tak lagi percuma

WASHINGTON: Beratus-ratus laman web termasuk Wikipedia dan enjin carian popular, Google melancarkan bantahan online kelmarin kerana menentang satu perundangan yang dicadangkan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk menghapuskan cetak rompak di internet.

Wikipedia menutup ensiklopedia online bahasa Inggeris selama 24 jam sebagai membantah Akta Menghentikan Cetak Rompak Internet (SOPA) yang diperkenalkan anggota Dewan Perwakilan dan Akta Perlindungan IP (PIPA) di Senat. "Pada masa ini, Kongres Amerika menimbang untuk meluluskan rang undang-undang yang boleh merosakkan khidmat internet percuma dan terbuka. Oleh itu, kami menggelapkan Wikipedia selama 24 jam," menurut mesej Wikipedia di laman webnya.

Twitter, Facebook dan Craigslist enggan menutup operasi tetapi turut menyatakan protes terhadap SOPA dan PIPA.

Google pula menggelapkan logo di laman web Amerika dengan warna hitam dan menyiarkan gesaan kepada pengguna supaya 'Beritahu Kongres: Tolong Jangan tapis Web!'

Mengikuti jejak langkah Wikipedia termasuk laman berita sosial reddit yang menggesa pengunjung menghubungi ahli perundangan mereka atau menandatangani petisyen membantah rang undang-undang berkenaan di Dewan Perwakilan dan Senat.
"Rang undang-undang itu membawa kepada penguatkuasaan hak cipta yang akan mengehadkan inovasi dan mengancam kewujudan laman web dengan menetapkan
kandungannya mesti daripada pemiliknya," kata laman web berkenaan.

Blog kebudayaan dan teknologi, Boing Boing, turut menghentikan operasi bagi membantah apa yang digelarnya 'perundangan yang pasti membunuh kita semua selama-lamanya.'

Reporters Without Borders pula menutup laman web bahasa Inggerisnya selama 24 jam dan memberi amaran rang undang-undang akan mengorbankan kebebasan bersuara secara online atas nama memerangi cetak rompak.

Blog WordPress.com turut menutup laman webnya dengan warna hitam sambil menyatakan bantahan terhadap 'penapisan'. Begitu juga dengan majalah teknologi, Wired.

Rangkaian web komedi popular, Cheezburger, menyiarkan mesej membantah rang undang-undang itu pada semua 58 lamannya termasuk 'icanhascheezburger.com', 'FAIL Blog' dan 'The Daily What'.

Draf perundangan berkenaan, bagaimanapun, mendapat sokongan Hollywood, industri muzik dan Persatuan Pengeluar Kebangsaan, Dewan Perniagaan Amerika dan beberapa kumpulan berkaitan. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Ratu AS 2010 didakwa mabuk ketika memandu

Posted: 19 Jan 2012 02:56 PM PST

Dunia

Rima Fakih

Rima Fakih

HIGHLAND PARK: Bekas ratu Amerika Syarikat 2010, Rima Fakih, 26, yang pernah dinobatkan sebagai ratu pertama daripada keturunan Arab dan beragama Islam, akan dibicarakan atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk Mac ini, kecuali jika dia mengemukakan rayuan, kata hakim.

Hakim Brigette Officer, menetapkan tarikh 14 Mac untuk membicarakan Rima yang hadir di mahkamah buat kali pertama sejak dia didakwa melakukan kesalahan itu di Highland Park, Detroit, 3 Disember lalu.

Fakih menafikan dia mabuk pada malam kejadian, tetapi ujian pernafasan yang dilakukan oleh dua anggota polis mengesahkan bahawa kandungan alkohol di dalam darahnya adalah dua kali ganda melebihi paras dibenarkan. "Saya minta maaf. Peguam tidak membenarkan saya membuat sebarang kenyataan," katanya kepada wartawan yang menunggu di luar mahkamah.

Rima dan keluarganya berhijrah ke Amerika dari Lubnan pada 1993 sebelum berpindah ke Dearbon di Detroit, 10 tahun kemudian.

Dia menang pertandingan 'Miss USA' pada 2010 dan menjadi menjadi tajuk berita hangat apabila dinobatkan wanita keturunan Arab pertama memenangi gelaran itu.

Penyokongnya menyifatkan kemenangan itu mampu menangani pandangan negatif terhadap warga Amerika keturunan Arab yang semakin memuncak sejak peristiwa serangan 11 September.
Sementara itu, peguam tertuduh, W Otis Culpepper, berkata beliau akan menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk perbicaraan tetapi mengetahui bahawa anak guamnya boleh mengemukakan rayuan.

"Sudah tentu Fakih kesal apa yang berlaku. Dia adalah contoh bagi wanita muda. Dia juga seorang yang bijak dan berwibawa," katanya. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan