Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Indonesia turut sahkanJAKARTA 6 Dis. - Indonesia hari ini mengesahkan satu perjanjian global yang mengharamkan letupan ujian nuklear di seluruh dunia. Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) yang dirundingkan pada 1990-an menetapkan 44 negara yang memiliki reaktor tenaga nuklear atau reaktor penyelidikan nuklear pada waktu itu perlu memberikan kelulusan rasmi sebelum CTBT boleh berkuat kuasa. Dengan pengesahan yang dibuat oleh Parlimen Indonesia hari ini, perjanjian tersebut telah diluluskan secara rasmi oleh 36 negara dan kini hanya menunggu kelulusan dari Amerika Syarikat (AS), China, Mesir, India, Iran, Israel, Korea Utara dan Pakistan untuk membolehkannya berkuat kuasa. Ahli Parlimen Indonesia, Mahfudz Siddiq menggesa negara-negara yang belum mengesahkan CTBT, terutamanya AS dan Israel supaya berbuat demikian. Menteri Luar, Marty Natalegawa dalam satu kenyataannya melahirkan harapan agar langkah Indonesia itu akan mendorong negara-negara yang memiliki senjata nuklear supaya mengambil tindakan sama. Indonesia yang mempunyai 240 juta penduduk memiliki tiga reaktor atom untuk tujuan penyelidikan. Di Vienna, Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO), Tibor Toth mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Indonesia kerana membawa CTBT 'selangkah lebih hampir untuk menjadi sebuah undang-undang dunia'. "Saya menyambut baik keputusan pengundian di Parlimen Indonesia hari ini untuk mengesahkan perjanjian itu. "Dengan keputusan bersejarah ini, jurang yang menyekat perjanjian itu daripada berkuat kuasa sudah dirapatkan kepada lapan negara," kata beliau sahaja. - AFP |
Dua letupan bom di Kabul, 59 terkorban Posted: Dua letupan bom di Kabul, 59 terkorbanSALAH seorang penduduk Afghan yang cedera duduk di atas tanah menunggu bantuan selepas kejadian letupan bom di tengah Kabul, semalam. - AFP KABUL 6 Dis. - Sekurang-kurangnya 59 terbunuh dan 150 cedera dalam dua serangan bom berasingan di kawasan makam di Kabul dan bandar Mazar-i-Sharif, hari ini. Letupan pertama berlaku di tengah Kabul ketika pengikut Syiah berkumpul untuk meraikan hari Asyura menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang maut termasuk kanak-kanak. Letupan kedua berlaku di sebuah makam di utara Kabul iaitu bandar Mazar-i-Sharif menyebabkan empat penduduk awam terbunuh. Menurut pegawai keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya, pengebom berani mati meletupkan dirinya di pintu masuk kawasan makam. Di bawah arahan Taliban, pengikut Syiah diharamkan untuk meraikan hari Asyura di tempat awam. Pada tahun ini, lebih banyak tugu peringatan Asyura dibina di sekitar bandar Kabul berbanding tahun-tahun lepas termasuk makam-makam dan bendera. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan