Harian Metro: Global |
12 ‘supercar’ remuk redam Posted: 05 Dec 2011 10:28 AM PST TOKYO: Memandu dengan laju dikatakan penyebab beberapa buah kereta mewah bernilai AS$4 juta (RM12.54 juta) musnah dalam satu kemalangan jalan raya di sini, semalam. Lapan Ferrari dan sebuah Lamborghini serta sebuah Toyota Prius adalah antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. Menurut beberapa saksi, ia berlaku apabila satu daripada kenderaan yang dipandu laju, tergelincir di atas permukaan jalan yang licin. Rakaman televisyen menunjukkan beberapa buah Ferrari, remuk kebanyakannya berwarna merah dan serpihan kenderaan berada di atas jalan sepanjang 400 meter di lebuh raya Chugoku, jalan utama ke selatan Honshu.
Pemandu yang di belakang, terus menekan brek tetapi sudah terlewat. "Saya tidak pernah lihat kejadian begini. "Jarang kereta Ferrari bergerak dalam satu konvoi besar," kata peronda lebuh raya, Leftenan Eiichiro Kamitani. Kamitani berkata, lima lelaki dan lima wanita, cedera ringan akibat kemalangan itu. "Mungkin mereka memandu secara berpasangan," katanya. "Kemalangan ini mungkin disebabkan memandu dengan laju tetapi kami masih menyiasat punca sebenar," tambahnya lagi. Toyota Prius dan sebuah lagi Toyota turut terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan 14 kereta remuk teruk tetapi dipercayai bukan ahli konvoi itu. Menurut seorang saksi, "Mereka memandu selaju 140 hingga160 kilometer sejam. Salah satu daripada kereta itu berpusing dan menyebabkan kemalangan." Had laju di lebuh raya itu 80 kilometer sejam. Satu daripada kereta Ferrari yang remuk adalah jenis F430 Scuderia, yang boleh mencapai kelajuan 320 kilometer sejam. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Veena tidak mengaku berbogel dalam FHM Posted: 05 Dec 2011 10:23 AM PST NEW DELHI: Aktres Pakistan, Veena Malik memfailkan saman malu terhadap sebuah majalah India kerana menyiarkan gambar dirinya yang telah diubah, berbogel dengan huruf singkatan agensi perisikan Pakistan di lengannya, di kulit majalah itu. Jurucakap Veena, Sohail Rasheed berkata, aktres itu menuntut 100 juta rupee (RM6.27 juta) daripada majalah FHM India.
Editor majalah itu mempertahankan gambar kulit majalah itu adalah asli dan mendapat kebenaran Veena. "Gambar itu telah diubah," kata Sohail yang berada di Islamabad. Katanya lagi, majalah itu telah menjatuhkan 'karektor dan kredibiliti' Veena.
"Mungkin kerana dia menerima kecaman hebat sebab itu dia menafikannya. "Kami tidak mengubah gambar itu untuk dijadikan gambar kulit hadapan. Begitulah rupanya dan dia mempunyai bentuk tubuh yang sangat menarik," kata Sharma. Dalam laman Twitternya semalam, Sharma berkata dia akan menerbitkan beberapa gambar daripada sesi fotografi itu untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan