Berita Harian: Dunia |
Polis Russia tahan pembangkang Posted: 06 Dec 2011 03:09 PM PST Dunia POLIS Russia menahan IlyaYashin (tengah) selepas satu tunjuk perasaan di jalan raya di bandar raya Moscow, semalam. MOSCOW: Polis Russia semalam menahan beberapa tokoh pembangkang Russia selepas menyuraikan bantahan dan tunjuk perasaan ke atas pemerhati pilihan raya yang didakwa menyebelahi parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin. Beribu-ribu rakyat mengadakan demonstrasi di jalan raya di tengah Moscow lewat kelmarin di tengah hujan lebat sebagai membantah keputusan pilihan raya Ahad lalu yang menyaksikan parti Kesatuan Russia menang tetapi dengan majoriti tipis. Polis berkata, mereka menahan 300 orang termasuk aktivis terkenal, Ilya Yashin dan blogger pembangkang, Alexei Navalny, selepas penunjuk perasaan berarak ke arah Dataran Lubyanka yang menempatkan perkhidmatan keselamatan FSB yang ditakuti."Kira-kira 250 masih ditahan sehingga pagi semalam," kata jurucakap pergerakan Solidarity, yang menganjurkan bantahan itu Olga Shorina. Ketika perhimpunan, yang digerakkan kebanyakannya menerusi rangkaian sosial, penunjuk perasaan melaungkan 'Russia tanpa Putin' dan 'Putin patut dipenjarakan.' Navalny mempunyai ramai pengikut di internet kerana mendedahkan gejala rasuah dalam firma dimiliki negara dan mencipta frasa yang digunakan oleh pembangkang, 'penipu dan pencuri' untuk merujuk Kesatuan Russia.
Pemantau yang diketuai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata, undian menyebelahi Kesatuan Russia dan dicemari pencabulan prosedur.
Selain Kesatuan Russia, tiga lagi parti pembangkang menang kerusi di Duma Negeri, termasuk Parti Komunis. Bagaimanapun, parti Yabloko gagal menang undi mencukupi untuk memperoleh kerusi dan sebuah lagi parti anti-Kremlin, Parnas, tidak mendaftar untuk mengundi. Polis berkata 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan di Moscow manakala Shorina berkata sehingga 10,000 orang menghadiri perhimpunan itu dan 1,500 hingga 2,000 lagi berarak ke arah pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat. Ia adalah bantahan terbesar dalam masa beberapa tahun dan peningkatan pengaruh kumpulan pembangkang Russia yang selalunya terpaksa bekerja keras mengadakan bantahan di negara itu. – AFP |
Posted: 06 Dec 2011 03:07 PM PST Dunia PEMBABITAN wanita Arab Saudi dibidang ekonomi semakin penting berikutan nilai pelaburan yang kian meningkat. RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion). Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion). "Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada kira-kira AS$500 bilion (RM1.5 trilion)," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman.Beliau membuat pendedahan ini dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com. Beliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa. Selain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang.
Hoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion). – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan