Harian Metro: Global |
Posted: 22 Dec 2011 01:28 PM PST JAKARTA: Sudah beberapa bulan berlalu setelah berita mengenai Luna Maya dikatakan putus hubungan cinta dengan Ariel. Dan sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan berita itu. Namun begitu, Pengurus Luna Maya, Vitalia Ramona menolak berita itu. Katanya, Luna jarang menjenguk Ariel di penjara di Kebon Waru bukan bermakna hubungan mereka sudah putus.
Luna Maya yang ditemui pada pratonton media untuk filem terbarunya 'My Blacberry Girlfriend' di FX Plaza di Jakarta Selatan semalam, enggan menjawab soalan yang diajukan. "Kalau mengenai perkara luar filem, saya tidak mahu jawab," kata Luna. "Tidak ada khabar apa-apa. Semua itu hanya gurauan pihak wartawan," katanya lagi. Sejak kebelakangan ini, tubuh Luna juga kelihatan lebih berisi dan wanita yang berusia 28 tahun itu turut mengakuinya tetapi tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masalah berat badan. "Saya memang suka makan dan tidak mahu memikirkan soal badan," katanya. Luna yang kini berambut pendek mengaku dia kelihatan lebih berisi kerana gaya rambut terbarunya itu. "Mungkin sebab rambut saya sudah pendek," katanya. Setelah bertahun-tahun mengekalkan rambut panjang, Luna membuat keputusan memotong pendek rambutnya. Biarpun kelihatan lebih berisi, dia tampak lebih segar. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 22 Dec 2011 01:24 PM PST CHICAGO: Juri di Texas semalam memberikan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM465 bilion), yang tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, kepada keluarga seorang budak yang dibakar pada hari ulang tahun kelahirannya yang kelapan dan mati akibat kecederaan itu 12 tahun kemudian. Ibu bapa Robbie Middleton sedar bahawa mereka mungkin tidak akan menerima sesen pun daripada pembuli itu yang memusnahkan kehidupan anak mereka dan melakukan satu lagi serangan seksual terhadap seorang budak, kata peguam mereka, Craig Sico.
Matlamat mereka ialah untuk menggunakan kes sivil itu bagi mendesak pendakwa raya di Montgomery County, Texas bagi mendakwa pembuli terbabit, Don Wilburn Collins atas tuduhan membunuh. "Juri memberitahu kami bahawa alasan mereka membuat keputusan itu ialah untuk memastikan mesej mereka didengar," kata Sico.
Walaupun 99 peratus anggota tubuhnya melecur, Middleton berjaya membebaskan dirinya dan lari untuk meminta bantuan. Dia menjalani pembedahan menggantikan kulit selama lima bulan tetapi kecacatannya kekal. Barah kulit yang menyebabkan kematiannya pada 29 April 29, 2011 berpunca daripada kecederaan yang dialaminya. Collins akhirnya didapati bersalah pada usia 16 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi budak berusia lapan tahun. Dia dihukum penjara empat tahun di penjara untuk remaja. Collins kemudian didapati bersalah atas tuduhan mencuri sejurus selepas dibebaskan dan dipenjara semula kerana enggan mendaftar diri sebagai pesalah seks. Dia dijangka diberi parol pada September depan. Ibu bapa Middleton berpuas hati dengan keputusan juri tetapi bimbang Collins akan mengulangi perbuatannya jika dibebaskan kelak, kata Sico. Pemberian ganti rugi dalam kes sivil yang terbesar sebelum ini ialah denda berjumlah AS$145 bilion terhadap beberapa syarikat tembakau oleh juri di Florida. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan