Ahad, 13 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kedutaan Arab Saudi, Qatar kena serbu

Posted: 13 Nov 2011 02:48 PM PST

Dunia

PENDUDUK  mengibar bendera Syria di atas bumbung Kedutaan Qatar di Damsyik, kelmarin.

PENDUDUK mengibar bendera Syria di atas bumbung Kedutaan Qatar di Damsyik, kelmarin.

Penduduk Syria bantah tindakan Liga Arab undi gantung keanggotaan negara

DAMSYIK: Penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di ibu negara Syria semalam selepas Liga Arab mengundi untuk mengenakan sekatan terhadap keanggotaan Syria berikutan tindakan kerajaan negara itu yang melakukan kekejaman terhadap penentang kepada rejim Bashar Assad.

Agensi rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency melaporkan penunjuk perasaan memasuki pekarangan kedutaan di ibu negara Syria itu lewat kelmarin, memecahkan tingkap dan menyerbu beberapa kawasan di dalamnya. Laporan itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kerosakan atau sama ada kedutaan itu beroperasi pada hari Ahad.

Agensi sama melaporkan Arab Saudi mengutuk serangan yang dilakukan terhadap kedutaan mereka di Syria itu. Ia mengatakan serangan itu berlaku selepas beratus-ratus penunjuk perasaan melontarkan batu ke arah kedutaan itu berikutan keputusan yang dibuat Liga Arab.

Malah penunjuk perasaan pro rejim yang lain turut melontarkan telur dan tomato ke arah kedutaan Qatar.

Tunjuk perasaan dilaporkan turut berlaku di hadapan kedutaan Qatar, Turki dan Amerika Syarikat.

Demonstrasi juga diadakan di beberapa bandar raya utama di Syria seperti Aleppo, Raqqa, Lattakia, Tartous, Hasaka dan Sweida.
Laporan menyatakan beberapa penunjuk perasan memecah masuk ke kedutaan Arab Saudi manakala yang lain masuk melalui bumbung ke bangunan kedutaan Qatar dan mengibarkan bendera kebangsaan Syria.

Kumpulan penunjuk perasaan lain melontar Kedutaan Qatar dengan tomato dan telur sebagai membantah tindakan Doha mengadakan sidang tergempar Liga Arab dan mengumumkan penggantungan keanggotaan Syria.

Sambil melaungkan slogan menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, penunjuk perasaan kemudian berhimpun di depan kedutaan Turki dan Amerika Syarikat, mengutuk blok Arab kerana bertindak melakukan plot yang disifatkan mereka mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Bantahan sama diadakan di rangkaian berita Arab Saudi, Al-Arabiya dan Al-Jazeera yang berada di ibu negara Jordan, Amman.

Penunjuk perasaan yang marah cuba untuk memecah masuk bangunan rangkaian berita itu yang dipersalahkan kerana mengikut agenda Amerika Syarikat dan Israel terhadap Syria.

Liga Arab mengundi untuk menggantung aktiviti Syria dalam mesyuarat itu sehingga pelan damai yang dicadangkan badan berkenaan dilaksanakan kerajaan Syria.

Ia juga menggesa negara Arab memanggil pulang wakil mereka dari Damsyik dan menangguhkan sekatan ekonomi dan politik terhadap Syria.

Pengumuman penggantungan keanggotaan Syria itu dibuat ketika mesyuarat tergempar liga itu di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.

Syria berhadapan dengan kebangkitan berdarah sejak pertengahan Mac dan menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lebih 3,500 penduduk terbunuh dalam keganasan itu. Beratus pasukan keselamatan Syria adalah antara yang maut dalam kejadian berkenaan.

Ketika pembangkang Syria mendakwa operasi pasukan keselamatan terhadap apa yang dipanggil tunjuk perasaan anti kerajaan itu, Damsyik mendakwa keganasan itu mendapat bantuan negara asing.

Bagaimanapun, pembangkang Syria menyambut baik keputusan Liga Arab untuk menggantung keanggotaan negara itu berikutan kekejaman dilakukan terhadap penunjuk perasaan dan menyifatkan mereka juga bersedia untuk berbincang bagi merangka perubahan.

Majlis Kebangsaan Syria menyambut baik keputusan dikeluarkan Majlis Menteri Arab, menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah yang tepat dan kritikan jelas terhadap rejim Syria yang meneruskan pembunuhan dan mematahkan kempen," kata pegawai majlis.

Keputusan ini mengesahkan peranan Arab dalam menyokong penduduk Syria, kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut yang memetik satu kenyataan e-mel diterima AFP di Nicosia.

"Apa yang dicapai setakat ini adalah satu keputusan semula jadi kesengsaraan yang dihadapi penduduk membabitkan rejim kejam dan penduduk Syria menerimanya," katanya. – AP/AFP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Berlusconi ikrar tak mahu bertanding

Posted: 13 Nov 2011 02:47 PM PST

Dunia

Bekas PM Itali bakal berdepan tindakan undang-undang, cabaran kewangan

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi bakal berdepan tindakan undang-undang dan cabaran kewangan, manakala prospek kehidupannya mungkin tidak lagi menjadi perhatian antarabangsa selepas meletakkan jawatan.

Beliau berikrar tidak akan bertanding semula, manakala ada pihak menjangka Berlusconi akan meninggalkan terus bidang politik Itali. Berlusconi sendiri berkata bahawa beliau mungkin membantu kempen di sana sini kerana bidang politik memberinya pelbagai kebaikan.

Peletakan jawatan Berlusconi sebagai perdana menteri kelmarin berikutan krisis pasaran selama beberapa bulan, menandakan berakhirnya satu era politik di Itali dan sekali lagi, Berlusconi yang berusia 75 tahun itu akan kembali kepada kehidupannya sebagai seorang jutawan. "Apa yang kami lihat sekarang bukanlah berakhirnya sebuah kerajaan tetapi kesudahan salah satu sistem daripada satu sistem politik," kata seorang penganalisis akhbar harian, Corriere Della Sera, Massimo Franco.

Malah, Berlusconi yang menguasai politik Itali sejak 17 tahun lalu adalah seorang tokoh berbeza yang berkhidmat selama tiga penggal sebagai perdana menteri. Beliau berhadapan dengan penentang politik dan majistret yang mendakwanya kerana rasuah serta tuduhan salah laku seks tetapi mengenepikan tekanan pasaran dan antarabangsa.

Tokoh media itu sering kali bertemu dengan kuasa dunia sama ada bercuti dengan pemimpin Russia, Vladimir Putin atau menerima layanan mewah Texas dalam satu mesyuarat sekutu perang Iraq yang dianjurkan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush.

Disebabkan perubahan ekonomi, pengunduran beliau dilihat terlalu cepat ketika Itali dilanda krisis hutang Eropah.
Sama ada beliau kembali semula mengendalikan empayar media miliknya atau berpatah balik selepas mengosongkan jawatan presiden pasukan bola sepak kesayangannya, AC Milan, Berlusconi terus berdepan rasa kurang senang pihak media terhadapnya.

"Hentikan teknokrat Eropah. Kerajaan ini satu rampasan kuasa," kata satu tajuk berita akhbar keluarga II Giornale yang meramalkan kerajaan baru Itali akan diketuai oleh ahli ekonomi, Mario Monti. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan