Sabtu, 1 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


18 termasuk anak kapal maut

Posted:

18 termasuk anak kapal maut

18 termasuk anak kapal maut


BEBERAPA keluarga terdekat meratapi pemergian ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam nahas pesawat di Bahorok, Sumatera Utara, semalam. – REUTERS


BAHOROK, Indonesia 1 Okt. - Kesemua empat anak kapal dan 14 penumpang pesawat Nusantara Buana Air (NBA) yang terhempas di belantara Sumatera, kelmarin dilaporkan terbunuh.

Ketua pasukan mencari dan menyelamat tempatan, Sunarbowo Sandi berkata, 13 anggota penyelamat yang dibawa ke tempat kejadian menerusi helikopter menemui mayat mangsa yang terkorban dalam nahas itu masih berada di kerusi masing-masing.

"Empat daripada mangsa nahas itu adalah kanak-kanak,'' katanya.

Semalam, pasukan pencari dan penyelamat berharap akan ada mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat itu setelah mengesan satu daripada pintu pesawat terbuka.

Dalam kejadian kelmarin, pesawat CASA C-212 buatan Sepanyol itu sudah separuh perjalanan menuju ke Aceh dari Medan, Sumatera apabila hubungan terputus dengan pusat kawalan lalu lintas udara.

Beberapa minit kemudian, pesawat berkuasa turboprop itu menghantar isyarat kecemasan sebelum hilang daripada radar tentera udara.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang berhimpun di pos maklumat di sini, menangis dan sedih apabila dimaklumkan kesemua mangsa terbunuh.

Mereka turut menyelar syarikat penerbangan terbabit kerana mengambil masa terlalu lama untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu. - Agensi

'Obama bodoh' - Fidel Castro

Posted:

'Obama bodoh' - Fidel Castro

'Obama bodoh' - Fidel Castro

HAVANA 1 Okt. - Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggelar Barack Obama sebagai bodoh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan hubungan kedua-dua negara akan bertambah baik jika berlaku perubahan politik dan sosial di Cuba.

Castro dalam penulisan yang disiarkan media rasmi turut menyindir kenyataan Obama itu.

"Baiknya. Pandainya. Namun, di sebalik 'kebaikan' itu, Obama masih tidak memahami bahawa sekatan ekonomi selama 50 tahun dan jenayah yang dilakukan AS terhadap Cuba tidak akan mampu mengubah rakyat negara ini.

"Banyak perkara akan berubah di Cuba tetapi perubahan itu adalah usaha kami dan bukannya AS. Mungkin empayar itu (AS) akan runtuh terlebih dahulu," katanya yang dipetik oleh Huffington Post.

Castro sebelum ini memuji Obama apabila beliau dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama AS pada 2008.

Bagaimanapun, bekas Presiden Cuba itu menunjukkan kekecewaannya ketika hubungan Cuba-AS masih kekal di peringkat sama.

Castro turut mengkritik keputusan hakim AS baru-baru ini yang memutuskan seorang pegawai perisikan Cuba, Rene Gonzalez perlu menjalani perintah parol di AS selepas hukuman penjaranya tamat.

''Inilah cara empayar memberi maklum balas terhadap permintaan dunia untuk pembebasan Gonzalez dan tiga ejen perisikan lain.

''Jika tidak, empayar itu tidak lagi akan menjadi sebuah empayar dan kebodohan Obama tidak akan berlanjutan,'' ujarnya. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan