Harian Metro: Global |
Ibu tumpang berhutang RM673,000 lepas pasangan Austria larikan anak Posted: 27 Oct 2011 08:32 AM PDT COLORADO: Seorang ibu tumpang dari Colorado terpaksa membayar bil kesihatan berjumlah AS217,000 (RM672,699) selepas melahirkan bayi kembar untuk pasangan dari Austria yang melarikan diri dari Amerika Syarikat bersama bayi kembar itu. Carrie Mathews berkata, dia hampir mati ketika melahirkan anak Rudolf dan Teresa Bako Julai lalu kerana mengalami komplikasi teruk. Walaupun kedua-dua keluarga itu sudah menandatangani kontrak, termasuk membayar bil kesihatan, Carrie berkata, pegawai kesihatan meminta bayaran tetapi pasangan Bako enggan berbuat demikian. Carrie memberitahu 9News, dia bertemu pasangan Bako yang 'sempurna' itu selepas menemui sesawang Pusat Ibu Tumpang dan Anak Angkat Kebangsaan di internet.
"Pasangan itu akan membayar AS2,000 (RM6,200) setiap bulan (jumlah besar RM77,500), Mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun di agensi," kata Carrie. Katanya mereka masih berhutang sebanyak AS$14,000 (RM43,400) kepadanya. Menurut laporan, Carrie terbang ke Cyprus untuk proses pemindahan embrio. Pasangan Bako membayar kos penerbangan dan tempat tinggal selama 17 hari ketika dia berada di sana. Katanya dia hamil dengan bayi kembar dan tidak seperti kehamilannya yang dulu, kali ini dia mengalami masalah. Carrie mengalami pra-eklampsia, satu masalah kesihatan yang membawa kepada hipertensi kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan kematian. Full content generated by Get Full RSS. |
Wajah Charla tidak lagi menggerunkan Posted: 27 Oct 2011 08:30 AM PDT STAMFORD (Connecticut): Seorang ibu yang muka dan tangannya terkoyak akibat diserang cimpanzi bersuara kepada umum buat kali pertama sejak melakukan pembedahan pemindahan wajah. Charla Nash, 55, cuba untuk menangkap monyet milik majikannya, Travis yang lari apabila haiwan itu menyerangnya pada Februari 2009. Dalam serangan cimpanze seberat 90.7 kilogram itu menyebabkan mata Charla menjadi buta selain mencederakan hidung, telinga, bibir dan kedua-dua belah tangannya hingga ibu tunggal itu nyaris meninggal dunia.
Pembedahan kecemasan selama tujuh jam menyelamatkan nyawa Charla tetapi menyebabkan wajahnya cacat teruk.
Charla mengunjungi rakan dan majikannya, Sandra Herold apabila haiwan peliharaan keluarga itu merampas kunci kereta Sandra dan melarikan diri menerusi pintu yang terbuka.
Kecederaannya dikatakan sangat parah hingga kakitangan hospital terpaksa menerima kaunseling selepas merawatnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan