Selasa, 4 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Teman lelakiku perempuan

Posted: 03 Oct 2011 08:25 AM PDT

LONDON: Impian seorang ibu tunggal untuk berumah tangga dengan kekasih hatinya berkecai selepas dia mendapati pasangannya itu sebenarnya seorang wanita.

Lebih mengejutkan, 'lelaki' yang bercinta dengan Nicole Lindsay itu pernah dipenjara kerana mendera seorang budak perempuan berusia 14 tahun dan diletakkan di bawah pengawasan selama 10 tahun.


Kata Nicole, sejarah hitam Samantha Brooks didedahkan polis selepas wanita terbabit ditahan kerana menipu identiti serta dua tuduhan menyerang.

"Apabila polis memberitahu kekasih yang selama ini saya kenali sebagai Lee sebenarnya seorang lesbian, saya memang tidak mempercayainya.


"Saya sangat terkejut dan kecewa," katanya.


Memiliki dua anak perempuan berusia enam dan dua tahun, Nicole berkata, dia benar-benar berang apabila mengenangkan bagaimana Samantha menipu dia dan keluarganya.

"Ia bagaikan mimpi ngeri kepada kami," katanya.


Mengenai hubungan intimnya, Nicole berkata, Samantha mendakwa malu berbogel ketika mereka berdua-duaan.

Kata Nicole, Samantha mendakwa kononnya dia pernah mengalami kanser zakar dan agak malu dengan keadaan fizikalnya.


Bagi melindungi payu dara, Samantha memakai lilitan dan memberi alasan kepada Nicole, tubuhnya berparut teruk "dicakar" pasangan terdahulu.


Ketika mengadakan hubungan seks pula, Nicole mendakwa, Samantha menggunakan pemegang tisu tandas yang diubah suai.


"Saya berhubung dengan Samantha kali pertama ketika dia berusia 14 tahun pada 2001, tetapi hanya bersemuka pada 2006, ketika saya membesarkan anak sulung - berusia 18 bulan - tanpa suami," katanya.


Sejak itu, katanya, mereka semakin akrab dan bergilir-gilir mengunjungi rumah pada hujung minggu sebelum berpisah setahun kemudian.


"Pada akhir 2007, Samantha menulis surat mendakwa dia dipenjara kerana memukul seorang pedofilia," katanya.


Selepas dibebaskan, Samantha menghubungi Nicole semula dan melamarnya.


Mereka sepatutnya berkahwin pada Mac tahun lalu. - DM

Gabenor California lulus undang-undang larang pengharaman amalan berkhatan

Posted: 03 Oct 2011 08:14 AM PDT

SACRAMENTO: Gabenor California, Jerry Brown, menurunkan tandatangan meluluskan peraturan menghalang kerajaan tempatan di negeri itu mengharamkan khatan.

Kenyataan pejabat Brown mengumumkan, gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang AB768 yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara dicadangkan di San Francisco.


Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 7,700 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.

Ia kemudian dihalang seorang hakim.


Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.


Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko kanser serta jangkitan penyakit kelamin. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan