Berita Harian: Dunia |
Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak Posted: 04 Oct 2011 03:25 PM PDT Dunia Usia bapa jejas keupayan intelek kanak-kanak: KajianWASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau 'CNV', merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit. Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma. Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA. Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.
Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis. Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis. "Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual," katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik. – Agensi |
Posted: 04 Oct 2011 03:24 PM PDT Dunia AMANDA Knox menitiskan air mata selepas didapati tidak bersalah membunuh. "Kami akan buat rayuan," kata Giuliani Mignini ketika dihubungi agensi berita. Keluarga Kercher juga kecewa dengan keputusan mahkamah itu dan berikrar terus mencari keadilan. "Mahkamah lebih tinggi akan membuat keputusan menyokong keputusan pertama atau kedua," kata Mignini yang mahu membuat rayuan kepada mahkamah rayuan tertinggi Itali. Ketika Knox menunggu di lapangan terbang Rome untuk penerbangan ke London dan seterusnya Seattle, ibu dan adik beradik Kercher mengadakan sidang media di sini dan menyuarakan kekecewaan mereka mengenai keputusan kes pembunuhan empat tahun lalu di bandar ini.Adik Kercher, Stephanie berkata, mereka akan menunggu untuk mendapat penjelasan mahkamah mengenai keputusan terbaru itu dan berharap semua pembunuh akan ditangkap. "Sebaik saja kami dimaklumkan mengenai sebab keputusan ini, barulah kami faham mengapa mereka dilepaskan dan akan berusaha mencari pembunuh sebenar. "Amat mengecewakan, tak tahu siapa di luar sana yang melakukannya," kata Stephanie. – Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan