Kosmo Online - Dunia |
- Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui
- Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju
- Menara untuk pengunjung tak takut gayat
Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui Posted: Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui
LUOYANG, China – Beberapa ahli arkeologi telah menemui rangka tulang kuda dan pedati kayu di sebuah makam Dinasti Zhou di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Usia rangka tulang kuda dan pedati itu dipercayai hampir 3,000 tahun. Sebanyak lima pedati kayu dan 12 rangka tulang ditemui di dalam makam tersebut. Ahli-ahli arkeologi percaya makam itu milik seorang pegawai terkenal pada zaman itu. – Agensi | |
Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju Posted: Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu lajuGAMBAR dalam bulatan menunjukkan lokasi persembunyian anggota-anggota polis di Dollar, Scotland pada 17 Ogos lalu. DOLLAR, Scotland – Beberapa anggota polis bersembunyi di dalam belukar di sini untuk menahan pemandu yang memandu kereta dengan laju, lapor sebuah akhbar semalam. Taktik itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka tidak menggunakan alat pengesan kelajuan yang perlu dilihat orang ramai. Anggota-anggota polis itu akan menahan kereta yang dipandu laju dengan serta-merta di lokasi tersebut. Perbuatan anggota-anggota polis itu dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan, Mike Day. Namun, beberapa pengkritik berkata, tindakan polis itu akan menyebabkan pemandu menekan brek dengan tiba-tiba kerana mereka melihat anggota-anggota polis tersebut keluar dari belukar. – Agensi | |
Menara untuk pengunjung tak takut gayat Posted: Menara untuk pengunjung tak takut gayatBEBERAPA orang berdiri di atas lantai kaca di Menara Blackpool, Britain baru-baru ini. BLACKPOOL, Britain – Sebuah menara berusia 118 tahun diubah suai apabila kaca diletakkan di lantai untuk membolehkan para pengunjung melihat pemandangan bangunan di bawah mereka, lapor sebuah akhbar semalam. Menara Blackpool itu mempunyai ruang yang dikenali sebagai Skywalk pada ketinggian 115.82 meter. Para pengunjung perlu menaiki lif untuk tiba di lantai seberat 4.15 tan. Kaca itu turut diletakkan di bahagian bumbung. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan