Harian Metro: Global |
Posted: 02 Sep 2011 09:33 AM PDT VENICE: Di atas pentas, Madonna mungkin diterima sebagai "ratu pop", namun cubaannya untuk mengembangkan bakat seni sebagai pengarah nampaknya tidak seperti diharapkan. Mempertaruhkan filem arahan pertamanya di Festival Filem Venice kali ini, Madonna berharap pengkritik memberikan penghargaan tinggi kepadanya.
W.E. diilhamkan daripada kisah cinta janda warga Amerika Syarikat, Wallis Simpson, yang menjalin hubungan dengan Raja Edward VIII Britain.
"Saya kagum bagaimana seorang lelaki mempunyai kedudukan tinggi sanggup melakukan pengorbanan besar demi cinta," katanya.
Tanpa mempedulikan perasaan Madonna, akhbar Guardian di Britain hanya memberikan satu bintang untuk filem berkenaan.
|
Posted: 02 Sep 2011 09:29 AM PDT LONDON: Selepas mengetahui dirinya sering muncul dalam fantasi Putera William, kini Britney Spears berharap dapat beraksi di depan pewaris takhta Britain itu. Menganggap tidak pernah tahu fantasi itu sebelum ini, Britney berkata, dia ketawa 'berdekah-dekah' apabila dimaklumkan dia pernah menjadi "wanita idaman' William.
Kata Britney, dia teruja memberikan persembahan di depan pasangan diraja itu.
Sementara itu, Britney berkata, dia merancang konsert besar-besaran sempena sambutan ulang tahunnya ke-30 pada Disember ini. - MOL |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan