Harian Metro: Global |
Bos Mansfield Town bekas pelacur Posted: 18 Sep 2011 08:50 AM PDT LONDON: Wanita termuda dilantik menjadi ketua eksekutif dalam sejarah kelab bola sepak England, Carolyn Still, didakwa pernah menjadi pelacur. Akhbar tabloid Britain melaporkan, Carolyn, 29, pernah menjalin hubungan dengan ramai pemain bola sepak profesional negara itu sebelum dia diberikan jawatan berkenaan.
Dia ditawarkan ke jawatan berkenaan oleh pengerusi kelab berkenaan, John Radford.
Dia bekerja dengan sebuah agensi dikenali sebagai Lucy Brookes dengan menggunakan nama samaran Luella. Wang diperoleh hasil pekerjaannya itu digunakan untuk membayar hutang.
Di situ, dia bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ringan.
|
Berlusconi megah tiduri lapan wanita satu malam Posted: 18 Sep 2011 08:48 AM PDT ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, berbangga meniduri lapan wanita dalam satu malam. Berlusconi, 74, membuat dakwaan itu dalam perbualan telefon dengan seorang ahli perniagaan Giampaolo Tarantini, yang merekrut teman sosial menghadiri parti liar pemimpin itu.
"Ada 11 orang dan saya tidur dengan lapan wanita kerana tidak mampu pergi lebih jauh. Anda tidak boleh tidur dengan semuanya sekali," katanya.
Pendedahan itu dibuat hasil daripada 100,000 intipan perbualan telefon dalam siasatan mengenai lapan orang yang dituduh membekalkan teman sosial dalam parti Berlusconi. Teman sosial, Maria Teresa De Nicolo, 38, mendakwa dia tidur dengan Berlusconi bersama dua lagi wanita.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan