Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Pemuda serang Asyraf didakwaGambar yang diambil daripada video di YouTube merakamkan Muhammad Asyraf diserang dan disamun sekumpulan remaja dan kanak-kanak pada 8 Ogos lalu. - AFP LONDON 13 Ogos - Seorang pemuda yang ditahan berhubung kejadian pelajar Malaysia diserang dan disamun di Barking ketika rusuhan di London, baru-baru ini telah didakwa atas tuduhan merompak pelajar tersebut. Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Reece Donovan berumur awal 20-an dari Romford, timur London telah didakwa merompak Muhammad Asyraf Haziq Rossli. ''Donovan dibawa ke mahkamah lewat hari ini untuk didakwa,'' katanya. Donovan ditahan kelmarin selepas orang ramai mengutuk serangan ke atas Muhammad Asyraf oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak. Video mengenai serangan ke atas pelajar jurusan akaun itu telah dirakam dan disiarkan di laman YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki berlakon membantu Muhammad Asyraf, sebaliknya bertindak menyerang dan menyamunnya. Rakaman video itu telah tersebar luas dengan ditonton hampir tiga juta kali di YouTube. Kejadian itu turut disifatkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai tindakan menjijikkan dan menandakan nilai moral masyarakat Britain semakin teruk. - AFP |
Posted: London terus berkawalLONDON 13 Ogos - Anggota polis tambahan dikerah berkawal di kota London hari ini ekoran kebimbangan berulangnya rusuhan pada hujung minggu ini. Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May berkata, hampir 16,000 anggota polis dikerahkan sejak awal minggu ini dan jumlah anggota polis tambahan itu akan dikekalkan bagi mengelak berlaku semula rusuhan. ''Kami akan mengekalkan jumlah anggota polis ini dalam satu tempoh yang belum ditentukan bagi memastikan tidak berulangnya rusuhan walaupun keadaan kembali aman beberapa hari lalu,'' ujarnya. England tenang sejak tiga hari lalu selepas berlaku rusuhan, keganasan dan rompakan yang berlanjutan selama empat hari. Polis Metropolitan di London berkata, dalam rusuhan itu, seramai 1,144 orang ditangkap termasuk 693 orang telah didakwa. Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron melantik bekas Pesuruhjaya Polis New York, Bill Bratton sebagai perunding polis Britain bagi mencari jalan bagaimana menangani keganasan di jalan raya, kata Downing Street. Bratton telah menyatakan persetujuan untuk ke Britain bagi memberikan khidmat nasihat bagi menangani budaya geng samseng ekoran rusuhan di beberapa bandar utama di negara ini, baru-baru ini. ''Perdana Menteri telah bercakap dengan Bratton hari ini dan mengucapkan terima kasih kerana bersetuju mengadakan beberapa pertemuan di United Kingdom pada musim luruh untuk berkongsi pengalamannya dalam menangani geng samseng. ''Bratton yang mempunyai hubungan dengan polis Britain akan memberikan nasihat dalam kapasiti peribadi dan tanpa bayaran,'' kata jurucakap Downing Street. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan