Sabtu, 13 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Duta Olimpik, model antara perusuh

Posted: 13 Aug 2011 01:11 PM PDT

Dunia

Demonstrasi ganas dedah penjenayah di sebalik topeng warga kota elit

LONDON: Seramai 700 sudah didakwa manakala 1,900 lagi ditahan kerana melakukan rusuhan dan mencuri selain merosakkan harta benda awam selepas protes terhadap kematian seorang lelaki kulit hitam yang ditembak mati polis bertukar ganas, Sabtu lalu.

Antara yang didakwa termasuk Duta Olimpik Britain, Chelsea Ives, 18, yang dituduh mencuri, berkelakuan ganas dan membaling batu ke arah polis ketika rusuhan meletus di utara London, Ahad lalu. Akhbar melaporkan, ibu bapanya mengecam anak mereka antara perusuh di televisyen dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Dia ditahan untuk dihadapkan ke mahkamah, Rabu depan.

Dalam kes lain, seorang model menitiskan air mata di mahkamah selepas dihukum penjara enam bulan kerana cuba mencuri barangan sebuah pasar raya ketika rusuhan.

Shonola Smith, 22, ditahan di luar Argos di Croydon bersama kakaknya, Alicia dan rakan mereka, Donness Bissessar, 22.

Mereka mengaku masuk ke kedai itu untuk mencuri, malam Isnin lalu. Alicia dan Bissessar dikenakan hukuman sama.
Orang lain yang turut menghadapi pendakwaan termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, penari balet yang masih remaja dan pelajar universiti.

Seorang graduan universiti, Natasha Reid, 24, turut mengaku mencuri televisyen di sebuah kedai elektronik dan menyerah diri kerana tidak dapat tidur akibat rasa bersalah, kata peguamnya.

Datuk Bandar London, Boris Johnson, berkata hukuman dikenakan ke atas semua tertuduh setimpal dengan kesalahan mereka.

"Inilah yang mahu dilihat penduduk London," katanya.

Sementara itu, ribuan anggota polis berkawal sebagai langkah berjaga-jaga di kota utama Britain.

Ratusan kedai dipecah masuk dan dicuri, bangunan dibakar dan lima orang terbunuh dalam kekacauan terburuk negara itu sejak beberapa dekad lalu.

Ia sebagai menjawab pandangan Perdana Menteri, David Cameron bahawa anggota keselamatan mulanya gagal mengawal perusuh atas alasan 'terlalu sedikit anggota polis ditempatkan di tempat awam dan taktik digunakan gagal.'

Keadaan terkawal mulai Selasa apabila 16,000 anggota polis mula berkawal di London, tiga kali ganda daripada malam sebelumnya.

Parlimen Britain kembali bersidang bagi perdebatan kecemasan kekacauan itu, Khamis lalu dengan Cameron menjanjikan pihak berkuasa menggunakan undang-undang bagi menyekat masalah berulang. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pil khayal ketagihan Hollywood

Posted: 13 Aug 2011 01:07 PM PDT

Dunia

Dadah bermutu rendah boleh rosakkan otak

LOS ANGELES: Penggunaan 'crystal methaphetamine' atau pil khayal kini menjadi dadah terbaru mendapat pilihan di Hollywood selepas kokain.

"Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan," kata pakar ketagihan dan penulis Younger (Sexier) You, Dr Eric Braverman.

Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal. - Dr Eric Braverman, Pakar ketagihan/ Penulis Younger (Sexier) You

"Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal," katanya.

Beberapa selebriti mengakui mereka mula menggunakan dadah terbabit. Di sebalik kejayaannya, Fergie, penyanyi 'Black Eyed Peas', mengakui sudah ketagih dengan dadah berkenaan.

Tidak lama selepas itu, anak lelaki Farrah Fawcett dan Ryan O'Neal, Redmond turut mengambil bahan berkenaan selepas pihak berkuasa menemui dadah itu di rumahnya di Malibu.

Kesan kepada ketagihan dadah khayal ini adalah ia boleh menjejaskan kesihatan dengan dahsyat. Dadah itu boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mengawal bahagian yang mengeluarkan isyarat keseronokan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, kata Braverman.
Penggunanya juga akan mendapat tenaga fizikal berterusan sekiranya terus menggunakannya. Biarpun diketahui mempunyai kesan kemusnahan yang menakutkan, 'cyrstal meth' masih terus mendapat tempat dalam industri hiburan.

"Sering kali banyak tekanan untuk mempertahankan hubungan Hollywood dan 'crystal meth' meningkatkan prestasi seksual seseorang," kata Braverman.

Alasan lain yang menjadikan dadah ini semakin popular dalam industri perfileman disebabkan 'meth' yang biasanya dirujuk sebagai kokain bermutu rendah disebabkan ia lebih murah berbanding dadah lain.

"Dadah ini amat murah dan dibuat daripada bahan kimia yang boleh anda dapati dari kedai ubat," kata pengasas dan pengarah pusat rawatan alkohol dan dadah Passages Malibu, Pax Prentiss.

"Dadah paling mahal adalah heroin dan ia tidak biasa di kalangan seseorang selebriti yang mempunyai ketagihan heroin untuk membayar sejumlah AS$500 (RM1,500) sehari atau AS$200,000 (RM600,000) setahun.

"Tetapi bagi dadah jenis ini, ia hanya membabitkan kos antara AS$20 (RM60) hingga AS$40 (RM120) sehari menyebabkan meth semakin diminat," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan